KOTA KINABALU: Sebanyak 41 kluster COVID-19 di Sabah masih aktif, manakala dua lagi diisytiharkan tamat pada hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata dua kluster yang diisytiharkan tamat itu ialah Kluster Kayul di Kuala Penyu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti, dan Kluster Pandan-Pandan di Putatan yang merupakan kluster institusi pendidikan.
Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata terdapat satu lagi kluster baharu melibatkan penularan jangkitan dalam institusi pendidikan dilaporkan hari ini, dengan kes indeks seorang pelajar asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran.
"Kluster Jalan Beluran Lama ini tercetus apabila kes indeks berusia 18 tahun dikesan positif, selepas menjalani saringan bergejala pada 17 Feb lepas.
"Saringan terhadap kontak rapat mendapati pertambahan sebanyak 34 kes, menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 35 kes setakat hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan lanjut, manakala kontak rapat tidak bergejala juga diberikan perintah kuarantin," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Secara keseluruhan, Masidi berkata Sabah merekodkan sebanyak 5,007 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 308,476 kes dengan empat kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Keningau dan Beaufort.
Beliau berkata 3,161 kes atau 63.13 peratus daripada kes baharu itu adalah disebabkan jangkitan sporadik dan peratusan tinggi tersebut menunjukkan jumlah kes harian di negeri itu dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Masidi berkata 4,107 pesakit COVID-19 di Sabah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, manakala 2,919 pesakit lagi masih menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022

Sebanyak 41 kluster COVID-19 di Sabah masih aktif, manakala dua lagi diisytiharkan tamat pada hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah
Sebanyak 41 kluster COVID-19 di Sabah masih aktif, manakala dua lagi diisytiharkan tamat pada hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

COVID-19: Jumlah dirawat di ICU meningkat - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham juga berkata, jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 98 kes berbanding 80 kes pada Jumaat.

COVID-19: 27 kluster baharu, 688 kluster masih aktif
Terdapat lapan kluster komuniti, tiga kluster keagamaan dan masing-masing satu melibatkan kluster pendidikan lain, institusi pendidikan berdaftar KPM serta kumpulan berisiko tinggi.

Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran
Inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.

COVID-19: 79 sekolah di Selangor diarah tutup dua hari
Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarah tutup selama dua hari selepas kes COVID-19 dilaporkan.

COVID-19: 12 kluster baharu dikesan, 10 daripadanya kluster tempat kerja
Sebanyak 12 kluster baharu dikesan dengan 10 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

8 kluster baharu, 472 kluster masih aktif - Dr Noor Hisham
Lapan kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, melibatkan lima kluster tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster komuniti.

COVID-19: 200 kes positif, dua kematian di Sarawak
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tiga angka dengan 200 kes positif terbaharu dilaporkan pada Khamis.

COVID-19: 10 kluster baharu, enam daripadanya libat tempat kerja
10 kluster baharu lagi telah dikenal pasti pada Khamis, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan empat kluster komuniti.

COVID-19: Sembilan kluster baharu dikesan di Johor, KL, Selangor, Putrajaya, Sarawak
Sembilan kluster yang disahkan pada Khamis itu, melibatkan Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.