KOTA KINABALU: Sabah mengarahkan penutupan terhadap sekolah yang diisyitihar sebagai kluster COVID-19, berkuat kuasa serta-merta.
Jurucakap berkaitan COVID-19 negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah, pada 26 Januari lalu.
Menurutnya, tempoh pelaksanaan penutupan adalah selama dua hingga tiga minggu tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
"Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa sejak 1 Januari 2022 sehingga 26 Januari 2022, terdapat sejumlah enam Kluster Institusi Pendidikan aktif dan enam lokaliti di bawah pemantauan JKNS melibatkan fasiliti pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Ini telah mencetuskan kebimbangan dan menjadi agenda perbincangan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada 26 Januari lalu, yang prihatin dengan laporan trend jangkitan COVID-19 yang berlaku di beberapa buah sekolah di negeri ini.
"Justeru, tindakan proaktif dan bersifat preventif perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di institusi pendidikan negeri Sabah dengan lebih luas," katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, setakat 28 Januari 2022, terdapat peningkatan kluster melibatkan Institusi Pendidikan di bawah seliaan KPM menjadikannya sepuluh berbanding laporan sebelum ini.
"Sesi pembelajaran bagi semua pelajar sekolah yang akan menghadapi peperiksaan utama boleh diteruskan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di kalangan pelajar termasuk guru dan kakitangan insitusi pendidikan berkenaan," katanya lagi.
Sementara itu, sebanyak 358 kes COVID-19 dilaporkan di Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 247,112 kes.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Jan 28 2022
![Sabah arah sekolah diisyitihar kluster COVID-19 ditutup serta-merta Sabah arah sekolah diisyitihar kluster COVID-19 ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642239104_TBmasidimanjun.jpg)
Jurucakap berkaitan COVID-19 negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah, pada 26 Januari lalu. - Gambar fail/BERNAMA
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631013442_SaringanCovid.jpg)
COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah
Sebanyak 41 kluster COVID-19 di Sabah masih aktif, manakala dua lagi diisytiharkan tamat pada hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
![Sabah arah sekolah diisyitihar kluster COVID-19 ditutup serta-merta Sabah arah sekolah diisyitihar kluster COVID-19 ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642239104_TBmasidimanjun.jpg)
Sabah arah sekolah diisyitihar kluster COVID-19 ditutup serta-merta
Sabah mengarahkan penutupan terhadap sekolah yang diisyitihar sebagai kluster COVID-19, berkuat kuasa serta-merta.
![COVID-19: Kluster kru kapal TLDM dikesan libatkan 93 kes COVID-19: Kluster kru kapal TLDM dikesan libatkan 93 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630085537_masidiPharmaniaga.jpg)
COVID-19: Kluster kru kapal TLDM dikesan libatkan 93 kes
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah membabitkan 93 orang disahkan positif sehingga hari ini.
![COVID-19: 14 kluster baharu, 1,068 kluster masih aktif COVID-19: 14 kluster baharu, 1,068 kluster masih aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629717564_PKPD.jpg)
COVID-19: 14 kluster baharu, 1,068 kluster masih aktif
Johor mencatatkan kluster tertinggi iaitu empat kluster, Selangor tiga kluster, manakala Perak, Kelantan dan Sarawak masing-masing dua kluster dan Kedah hanya satu kluster.
![COVID-19: 34 kluster baharu, majoriti dikesan di Johor COVID-19: 34 kluster baharu, majoriti dikesan di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51586857764_PKPDMasjidIndia.jpg)
COVID-19: 34 kluster baharu, majoriti dikesan di Johor
10 kluster tempat kerja dilaporkan di Johor, dua kluster masing-masing di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya.
![COVID-19: 30 kluster baharu, 18 dikesan di tempat kerja COVID-19: 30 kluster baharu, 18 dikesan di tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627549076_KualaNerus.jpg)
COVID-19: 30 kluster baharu, 18 dikesan di tempat kerja
10 lagi kluster melibatkan ketegori komuniti dan kami dua kluster adalah dalam kategori kumpulan berisiko tinggi.
![COVID-19: 32 kluster baharu, 21 daripadanya kluster tempat kerja COVID-19: 32 kluster baharu, 21 daripadanya kluster tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604399821_klustersala.jpg)
COVID-19: 32 kluster baharu, 21 daripadanya kluster tempat kerja
21 kluster berkait tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan masing-masing dua kluster melibatkan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM dan kluster kumpulan berisiko tinggi.
![COVID-19: Tindakan rentas negeri sambut Aidilfitri di Sabah cetus dua kluster COVID-19: Tindakan rentas negeri sambut Aidilfitri di Sabah cetus dua kluster](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621695739_MasidiManjun.jpg)
COVID-19: Tindakan rentas negeri sambut Aidilfitri di Sabah cetus dua kluster
Tindakan merentas negeri bagi meraikan Aidilfitri di Sabah mencetuskan dua kluster COVID-19 iaitu Kluster Abaka di Tawau melibatkan 38 kes positif dan Kluster Melikai di Kuala Penyu dengan 16 kes.
![COVID-19: 14 kluster baharu, majoriti institusi pendidikan COVID-19: 14 kluster baharu, majoriti institusi pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612862642_HARIPERTAMAPERSEKO.jpg)
COVID-19: 14 kluster baharu, majoriti institusi pendidikan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, majoriti kluster baharu dari kategori institusi pendidikan.
![COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605170613_PKPDKajang.jpg)
COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang
Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster.