Sebanyak lapan daripada 1,398 tapak pembinaan yang telah beroperasi diarah ditutup berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memeriksa 6,363 tapak pembinaan seluruh negara dari 20 April hingga Selasa lepas dan didapati 1,398 tapak mula beroperasi dan 4,965 belum beroperasi.
"Daripada sejumlah 1,398 tapak yang telah beroperasi, sebanyak 1,118 (80 peratus) didapati mematuhi SOP, sementara 272 (19 peratus) didapati tidak patuh dan diberi amaran, manakala lapan (satu peratus) tapak pembinaan telah diarah tutup.
"Projek yang diarah tutup oleh CIDB adalah di Jalan Damai, Kampung Dato Keramat dan Mukim Batu, di Kuala Lumpur; tiga tapak pembinaan di Kedah iaitu Taman PKNK, Jalan Tun Razak, Alor Setar; mukim Kuah di Langkawi dan mukim Pulai di Baling.
"Selain itu, dua projek di Pahang iaitu Genting Permai mukim Bentong dan Bandar Tun Razak Jengka di Maran," katanya.
Menurut beliau, antara SOP yang gagal dipatuhi ialah tidak menjalankan ujian saringan COVID-19, tidak mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan 90 peratus kepatuhan SOP tidak dipraktikkan.
SOP lain yang gagal dipatuhi adalah tiada pasukan COVID-19 yang bertanggungjawab memastikan pematuhan SOP dan kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB.
Fadillah berkata kementerian menyeru semua kontraktor agar mematuhi contoh amalan terbaik pematuhan SOP supaya lebih banyak projek pembinaan dapat mula beroperasi sepenuhnya dan memberi impak positif kepada ekonomi negara.
"Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembinaan termasuk, memastikan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan bebas daripada jangkitan sebelum boleh mula bekerja.
"Pematuhan SOP ini dilihat berjaya mengesan kes-kes positif dalam kalangan pekerja binaan, sebelum mereka mula bekerja. Ini telah membolehkan mereka serta kontak rapat dikuarantin dan mengelakkan penularan wabak berkenaan," katanya.
Beliau berkata semua pekerja juga perlu diperiksa dan direkodkan suhu mereka sebelum masuk ke tapak pembinaan setiap hari, dan apa juga gejala yang dikesan menerusi saringan harian yang dibuat perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, katanya tiga tapak pembinaan yang ditutup di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 1 Jun adalah di Kampung Datuk Keramat, Jalan Ampang (31 kes positif) dan Seksyen 68, Jalan Ampang (61 kes positif) di ibu negara dan Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam. (13 kes positif).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
![COVID-19: CIDB arah lapan tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi COVID-19: CIDB arah lapan tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591251962_KeselamatanBUDGET.jpg)
Kementerian menyeru semua kontraktor agar mematuhi contoh amalan terbaik pematuhan SOP supaya lebih banyak projek pembinaan dapat mula beroperasi. Gambar fail
![Olimpik Paris 2024: Chebet dari Kenya rangkul emas dalam acara 10,000m wanita Olimpik Paris 2024: Chebet dari Kenya rangkul emas dalam acara 10,000m wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723251390_BeatriceChebet.jpg)
Olimpik Paris 2024: Chebet dari Kenya rangkul emas dalam acara 10,000m wanita
Beatrice Chebet berjaya mempertahankan kedudukannya dengan menewaskan atlet Itali, Nadia Battocletti bagi merangkul pingat emas.
![Olimpik Paris 2024: Imane Khelif menang emas acara tinju wanita Olimpik Paris 2024: Imane Khelif menang emas acara tinju wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723249946_ImaneKhelif.jpg)
Olimpik Paris 2024: Imane Khelif menang emas acara tinju wanita
Imane Khelif merangkul pingat emas dalam acara tinju wanita yang berlangsung di Stadium Roland-Garros.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Ogos 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Remaja ceroboh, menyamar petugas hospital direman dua hari
Wanita cedera diserang pisau ketika hendak tunai solat, polis siasat motif serangan
Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan - Tokoh Wartawan
Remaja ceroboh, menyamar petugas hospital direman dua hari
Wanita cedera diserang pisau ketika hendak tunai solat, polis siasat motif serangan
Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan - Tokoh Wartawan
![Pemimpin Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel Pemimpin Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723248290_SamerAlHajj.jpg)
Pemimpin Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel
Samer dilaporkan sedang bertugas di di kem pelarian Palestin berhampiran Ain Al-Hilweh.
![Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692933137_PwCsGlobalWorkfor.jpg)
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.
![Dua lelaki Leeds dihukum penjara atas kesalahan perkauman Dua lelaki Leeds dihukum penjara atas kesalahan perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723246931_Demonstratorsprotes.jpg)
Dua lelaki Leeds dihukum penjara atas kesalahan perkauman
Dua lelaki dari bandar Leeds di utara England dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas kesalahan bermotifkan perkauman.
Dua lelaki Leeds dihukum penjara atas kesalahan perkauman
Dua lelaki di Leeds dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan perkauman semasa protes anti-imigrasi. Lebih 600 orang ditangkap sejak akhir bulan lalu.
Serangan udara Israel di Sidon bunuh pemimpin Hamas
Serangan udara Israel di Sidon, Lubnan, mengorbankan pemimpin kanan Hamas, Samer al-Hajj, dan mencederakan pengawal peribadinya. Serangan ini adalah sebahagian daripada kempen ketenteraan yang berterusan.
Pesawat domestik terhempas di barat laut São Paulo, 62 maut
Sebuah pesawat domestik terhempas di kawasan kejiranan 80 km barat laut São Paulo, membunuh semua 62 penumpang. Punca nahas masih belum didedahkan.
![Bagaimana gelombang keganasan di UK tercetus? Bagaimana gelombang keganasan di UK tercetus?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723219972_TBBRITAINPROTEST.jpg)
Bagaimana gelombang keganasan di UK tercetus?
Antara maklumat palsu yang dikongsi di media sosial mendakwa penyerang itu berada dalam senarai pemerhatian perkhidmatan perisikan, datang ke UK menaiki bot kecil pada 2023.
![COVID-19: CIDB arah lapan tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi COVID-19: CIDB arah lapan tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591251962_KeselamatanBUDGET.jpg)
COVID-19: CIDB arah lapan tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi
Sebanyak lapan daripada 1,398 tapak pembinaan yang telah beroperasi diarah ditutup berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510042630_ceoCIDB.jpg)
CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.