KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan lapan lagi kluster baharu membabitkan kluster tempat kerja, komuniti dan keagamaan.

Berikut perincian bagi setiap kluster:

Kluster Jalan Keretapi Lama

- Kes dikesan di Kuala Selangor, Selangor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 81 individu disaring, 24 positif.

Kluster Lima Jalan Kebun

- Kes dikesan di Klang dan Kuala Langat, Selangor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 1,226 disaring, 11 positif.

Kluster Jalan Tropika Industri

- Kes dikesan di Johor Bahru, Johor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 112 disaring, 14 positif.

Kluster Jalan Suasa Industri

- Kes dikesan di Johor Bahru, Johor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 72 disaring, 12 positif.

Kluster Jalan Chain Ferry

- Kes dikesan di Seberang Perai dan Utara, Pulau Pinang.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 72 disaring, 14 positif.

Kluster Jalan Lilin

- Kes dikesan di Miri dan Lawas, Sarawak.
- Kluster merupakan kategori komuniti.
- Seramai 262 disaring, 22 positif.

Kluster Kongsi Lapan

- Kes dikesan di Tawau, Sabah.
- Kluster merupakan kategori komuniti.
- Seramai 56 disaring, 11 positif.

Kluster Tanjung Rimau

- Kes dikesan di Alor Gajah, Melaka.
- Kluster merupakan kategori keagamaan.
- Seramai 51 disaring, 14 positif.