KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Korea Selatan (KMA) memberi amaran bahawa lonjakan kes COVID-19 dan mogok berterusan oleh doktor pelatih memungkinkan banyak wad kecemasan di Korea Selatan ditutup bulan hadapan.


Ringkasan AI
  • Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan negara itu bagaimanapun menafikan dakwaan risiko penutupan wad kecemasan yang dibuat oleh KMA.
  • Ini kerana dakwanya, pihak kerajaan akan sentiasa menyediakan sokongan tambahan jika diperlukan.
  • Ribuan doktor pelatih berhenti kerja pada 20 Februari lalu kerana membantah rancangan kerajaan meningkatkan bilangan doktor secara mendadak.


Keadaan dilaporkan akan bertambah kritikal tatkala ramai doktor dilaporkan juga akan mula bercuti kerana cuti umum sempena Festival Chuseok.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan negara itu bagaimanapun menafikan dakwaan risiko penutupan wad kecemasan yang dibuat oleh KMA.

Ini kerana dakwanya, pihak kerajaan akan sentiasa menyediakan sokongan tambahan jika diperlukan.

Terdahulu, ribuan doktor pelatih berhenti kerja pada 20 Februari lalu kerana membantah rancangan kerajaan meningkatkan bilangan doktor secara mendadak.

Rancangan itu dilaporkan penting bagi memerangi kekurangan dan memberi perkhidmatan kepada penduduk korea selatan yang semakin tua.

Mogok doktor berkenaan mengatakan rancangan kerajaan itu akan menghakis kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan.

BACA: Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan

Susulan itu, KMA berkata, sekiranya gelombang kes COVID-19 memuncak pada September, akan berlaku lonjakan pesakit yang memungkinkan wad kecemasan ditutup secara bersiri.

Korea Selatan ketika ini menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 bulan ini tetapi Kementerian Kesihatan tempatan bagaimanapun menyatakan lebih daripada 95 peratus pesakit melibatkan kes yang boleh dirawat di klinik.