KUALA LUMPUR : 73 lagi kes kematian direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 di negara ini meningkat kepada seramai 4,349 orang.

Berikut lima tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1. 5,911 kes baharu, keseluruhan kes kini 691,115 kes.

2. 73 kes kematian baharu, jumlah kumulatif 4,349 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 64,522 kes.

4. 886 kes sedang dirawat di ICU, 441 kes perlukan bantuan pernafasan.

5. 6,918 kes pulih dengan jumlah keseluruhan 622,244 kes.