KANGAR: Keadaan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer dari PAS itu, akan diberikan rehat dalam tempoh tertentu selepas dibenarkan keluar hospital nanti, sebelum kembali bertugas seperti sedia kala.
"Kena berehat dulu...tidak ada gangguan (pada Tahun Melawat Perlis 2024-2025) sebab Wan Zikri (Afthar Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis) ambil alih, sebab nak bagi peluang Wan Badariah ini rehat dan pegawai kerajaan turun melaksanakan apa yang kita rancang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, yang cedera parah selepas motosikal dinaiki bersama suaminya dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat sini awal pagi semalam, di HTF hari ini.
Bernama semalam melaporkan akibat kejadian yang berlaku kira-kira 3 pagi itu, Nuraleya Syazreena, mengalami pendarahan dalam kepala serta patah tulang pinggang kiri dan kanan, manakala bayi dalam kandungannya berusia lima bulan meninggal dunia, sementara suaminya patah tulang paha kanan.
Ditanya sama ada jawatan Exco itu akan disandang ADUN lain, Mohd Shukri berkata pihaknya perlu melihat perkembangan keadaan dan kemampuan ADUN Mata Ayer itu dari semasa ke semasa terlebih dahulu dan tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa.
Mohd Shukri berkata portfolio Wan Badariah, 47, pada masa ini dipangku Wan Zikri dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Megat Hashirat Hassan.
Pada 15 Mei, Bernama melaporkan Wan Badariah mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dilaporkan sebagai berkata beliau ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Dalam pada itu, Mohd Shukri memberitahu pokok-pokok di tepi jalan di sepanjang jalan Tambun Tulang dan Simpang Empat itu yang dinilai membahayakan keselamatan orang ramai telah ditanda untuk dibuang.
"...memang banyak pangkah warna merah itu kan, jadi saya ingat kepada Pencinta Alam ini kena fahamlah, buang pokok itu bukan nak mengurangkan kehijauan itu, tetapi disebabkan keadaan bahaya kepada keselamatan...jadi, kita tengok bila berlaku peristiwa ini ada pokok-pokok yang sepatutnya dibuang, struktur tak kukuh," katanya.
Mengenai keadaan terkini Nuraleya Syazreena itu, Menteri Besar Perlis berkata mangsa sedang ditidurkan dan dirawat di ICU hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
![Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719242016_MohdShukriRamli.jpg)
Mohd Shukri berkata Wan Badariah akan diberikan rehat dalam tempoh tertentu selepas dibenarkan keluar hospital nanti, sebelum kembali bertugas seperti sedia kala. - Gambar FB Mohd Shukri
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719242016_MohdShukriRamli.jpg)
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
![Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718660222_TBKENCINGTIKUS.jpg)
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.
![Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716856577_TBHTAN.jpg)
Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa
Pada jam lebih 8.20 malam Isnin, mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN.
![Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil - MB Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716717190_TBWanBadariah.jpg)
Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil - MB
Exco Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di ICU HTF sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.
![Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716523969_NorZamriLatiff.jpg)
Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
![SQ321: Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, stabil tetapi dipantau rapi - Duta SQ321: Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, stabil tetapi dipantau rapi - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645622307_JojieSamuel.jpg)
SQ321: Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, stabil tetapi dipantau rapi - Duta
Tiga penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) yang merupakan rakyat Malaysia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada yang berada dalam keadaan kritikal.
![Siti Nurul Masyitah masih di ICU, perlu jalani pembedahan lagi Siti Nurul Masyitah masih di ICU, perlu jalani pembedahan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716352345_SitiNurulMasyitah.jpg)
Siti Nurul Masyitah masih di ICU, perlu jalani pembedahan lagi
Masyitah sebelum ini selamat menjalani tiga pembedahan di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri.
![Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715763479_TBWanBadariah.jpg)
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
![Faisal Halim teringin makan nasi kandar Faisal Halim teringin makan nasi kandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715672758_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
![Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715081305_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa
Faisal bagaimanapun masih lagi dalam pemantauan pihak perubatan dan tidak akan dapat menerima pelawat.