KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada Pas itu masih dalam keletihan.
"Dia (Wan Badariah) sedar tetapi terlampau letih. Paru-paru masih ada jangkitan," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Shukri berkata pada masa ini portfolio Wan Badariah digalas dua Exco iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Megat Hashirat Hassan.
Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dipetik sebagai berkata ADUN berkenaan ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil - MB
Exco Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di ICU HTF sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.

Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Dua ADUN dilantik, seorang digugurkan barisan Exco penggal baharu Perlis
Dua ADUN Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala seorang Exco sedia ada digugurkan bagi penggal baharu.

Hina Raja Perlis dan mufti: Bekas exco buat laporan polis
Ahmad Bakri membuat laporan itu bersama dua rakannya pada 3.17 petang di Balai Polis Kangar.