ARAU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), manakala seorang Exco sedia ada digugurkan bagi penggal baharu yang berkuat kuasa 25 Nov ini.
ADUN Kayang Asrul Aimran Abd Jalil dilantik memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan menggantikan ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail yang digugurkan.
ADUN Tambun Tulang Wan Zikri Afthar Ishak pula dilantik memegang portfolio Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu dan Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif.
Asrul Aimran dan Wan Zikri Afthar mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini.
Turut berangkat pada istiadat angkat sumpah itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan hadir sama Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
Sementara itu, lima Exco sedia ada turut mengangkat sumpah jawatan Exco hari ini di hadapan Raja Perlis selepas dilantik semula memegang jawatan berkenaan bagi penggal baharu, namun terdapat perubahan bagi portfolio masing-masing.
Exco terlibat ialah ADUN Santan Muhammad Azmir Azizan yang bertanggungjawab terhadap portfolio Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan; manakala Izizam Ibrahim (ADUN Titi Tinggi) memegang portfolio Aduan Awam, Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Hubungan dan Kerjasama Sempadan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu.
Selain itu, Megat Hashirat Hassan (ADUN Pauh) dilantik ke portfolio Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan; Wan Badariah Wan Saad (ADUN Mata Ayer) memegang portfolio Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Razali Saad (ADUN Simpang Empat) ke portfolio Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup dan Kemajuan Desa dan Luar Bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Asrul Aimran (kiri) dan Wan Zikri Afthar (kanan) mengangkat sumpah jawatan EXCO di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di Kangar hari ini. - Foto Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil - MB
Exco Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di ICU HTF sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.

Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Dua ADUN dilantik, seorang digugurkan barisan Exco penggal baharu Perlis
Dua ADUN Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala seorang Exco sedia ada digugurkan bagi penggal baharu.

Hina Raja Perlis dan mufti: Bekas exco buat laporan polis
Ahmad Bakri membuat laporan itu bersama dua rakannya pada 3.17 petang di Balai Polis Kangar.