NILAI : Sekumpulan penduduk komuniti Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan hari ini mengambil inisiatif menganjurkan Program Outreach Vaksin COVID-19, bagi memastikan daerah mereka tidak terus menjadi antara penyumbang terbesar kes baharu di negeri itu.
Hasilnya, 1,500 penduduk yang berdaftar telah berjaya mendapat dos vaksin Pfizer mereka yang pertama, dalam masa 8 jam sepanjang program berjalan.
Inisiatif itu, menurut penganjur program, merupakan kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Gabungan Persatuan Penduduk Nilai Impian, serta Pengusaha Industri Perkahwinan Melor Garden Wedding.
“Program sebegini bersifat serampang dua mata kerana ia bukan sahaja membantu menjayakan usaha program vaksinasi kebangsaan, malah membantu memberi talian hayat terakhir kepada pengusaha industri perkahwinan setelah hampir dua tahun industri ini lumpuh akibat penularan wabak ini.
“Diharapkan program ini akan terus berjalan lancar pada program pemberian dos kedua nanti dengan kaedah pandu lalu.
“Pihak berwajib juga diharapkan dapat mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak lagi perkhidmatan dewan perkahwinan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membantu pengusaha industri perkahwinan terus bernafas,” kata Pengurus Dewan Melor Garden Wedding, Mohd Hafis Khairullah kepada Astro AWANI.
Turut hadir di program itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri Sembilan, Dr Mohammad Faid Abd Rashid.
Untuk rekod, Negeri Sembilan hari ini terus menjadi antara negeri tertinggi, dengan 1,280 kes baharu, serta 20 kematian.
Negeri itu juga antara negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi (R0) iaitu 1.21.
Mengulas lanjut Mohd Hafis berkata, pemberian dos kedua dijangka akan dilaksanakan pada 7 Ogos hadapan, di lokasi yang sama.
Namun, katanya lagi, pihaknya berharap agar proses seterusnya dapat dilaksanakan dengan kaedah pandu lalu bagi mempercepatkan dan memudahkan lagi proses masyarakat mendapatkan vaksin.
“Penerima vaksin di program ini rata-ratanya memberi maklum balas positif dan mengharapkan program sebegini juga diadakan di banyak lokasi yang lain bagi memastikan lebih ramai lagi masyarakat mendapat vaksin di komuniti masing-masing,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Jul 17 2021
1,500 penduduk yang berdaftar telah berjaya mendapat dos vaksin Pfizer mereka yang pertama, dalam masa 8 jam sepanjang program berjalan. - Foto Astro AWANI
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.