DUBAI: Malaysia menggesa ketelusan dalam tadbir urus dan mobilisasi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan semasa Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di sini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Dana Kerugian dan Kerosakan itu serta sumbangan yang dijanjikan oleh negara maju untuk memberi pampasan kepada negara yang terdedah kepada iklim.
Beliau berkata pelancaran dana itu adalah pencapaian besar semasa persidangan itu yang diketuai Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku Presiden COP28 kerana menyaksikan sumbangan daripada beberapa negara maju.
Komitmen penting termasuk US$100 juta dari UAE, US$100 juta dari Jerman, GBP40 juta (kira-kira US$50.6 juta) dari Britain, dengan tambahan GBP20 juta untuk pengurusan lain, US$10 juta dari Jepun dan US$17.5 juta dari Amerika Syarikat.
Sambil menekankan kesan positif inisiatif UAE dalam menangani isu berkaitan perubahan iklim, Nik Nazmi berkata langkah itu akan memberi tekanan kepada negara maju lain untuk mengikutinya dan membuat komitmen terhadap dana itu.
"Bagaimanapun, adalah penting tadbir urus dan penggunaan dana itu telus, membolehkan negara membangun menangani isu kerugian dan kerosakan dengan berkesan.
"Selain itu, sumber dana itu boleh diramal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan negara membangun yang terjejas dengan perubahan iklim," katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucapan semasa perbahasan umum negara-negara G77 dan Sidang Kemuncak Pemimpin China mengenai Perubahan Iklim di COP28 di sini.
Sementara itu semasa sidang kemuncak itu, menteri itu menyatakan harapan Malaysia bahawa menjelang akhir COP28, keputusan muktamad mengenai pengambilan saham global akan menggariskan langkah segera untuk merapatkan jurang dalam melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Paris.
Beliau berkata negara COP28 juga harus memanfaatkan sepenuhnya proses pengambilan Saham Global untuk memacu tindakan iklim transformatif.
"Untuk mencapai matlamat ini, usaha kita perlu disokong oleh negara maju dengan menyediakan kaedah pelaksanaan yang diperlukan.
"Peruntukan sedia ada mengenai kaedah pelaksanaan seperti kewangan iklim, pembangunan dan pemindahan teknologi serta pembinaan kapasiti, tidak mencukupi bagi negara-negara membangun untuk menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim dan meningkatkan daya tahan," katanya.
Nik Nazmi juga menegaskan pendirian Malaysia bahawa pelaksanaan tindakan iklim oleh pihak-pihak harus berpandukan prinsip ekuiti dan tanggungjawab bersama tetapi dibezakan dan keupayaan masing-masing (CBDR-RC) berdasarkan keadaan negara yang berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
![COP28: Malaysia gesa ketelusan tadbir urus dan mobilisasi dana bencana iklim COP28: Malaysia gesa ketelusan tadbir urus dan mobilisasi dana bencana iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701591369_NazmiNikAhmad.jpg)
Nik Nazmi (foto) berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Dana Kerugian dan Kerosakan itu serta sumbangan yang dijanjikan oleh negara maju untuk memberi pampasan kepada negara yang terdedah kepada iklim. -Bernama
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719906420_TBNIKNAZMI.jpg)
Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC
Kerajaan Persekutuan akan memastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak menjejaskan sasaran pencapaian Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) yang ditetapkan Malaysia.
![NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719891424_hutanhujan.jpg)
NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon
Nik Nazmi berkata, ini termasuk inisiatif dan dasar pasaran karbon yang dilaksanakan kerajaan negeri.
![Denda maksimum RM10 juta import sisa haram - Nik Nazmi Denda maksimum RM10 juta import sisa haram - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719383084_tbNikNazmiNRESE.jpg)
Denda maksimum RM10 juta import sisa haram - Nik Nazmi
Denda maksimum sehingga RM10 juta diperuntukkan kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar termasuk pengimportan sisa haram.
![Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714633660_TBNIKNAZMINIKAH.jpg)
Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan
Beliau berkata fasa kedua pembersihan melibatkan penyemburan kawasan berbatu dan pembersihan batu kerikil pula sudah 20 peratus selesai.
![Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050 Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701594806_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) semalam, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
![Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717654052_NikNazmi.jpg)
Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi
Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan.
![PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717653519_MenteriSumberAsli.jpg)
PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi
Kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi PRK Sungai Bakap.
![Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717226669_gajah.jpg)
Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi
Habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati baru-baru ini dikelilingi oleh kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.
![Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717394370_MohamadSuparadi.jpg)
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.
![Dakwaan negara bakal kehilangan 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi Dakwaan negara bakal kehilangan 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716892464_TBNikNazmi.jpg)
Dakwaan negara bakal kehilangan 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi.