Ringkasan AI
- Pemantauan ketat e-sisa: Kerajaan akan memastikan Malaysia tidak lagi menjadi tempat pembuangan dan transit sisa elektronik berjadual selaras dengan Konvensyen Basel.
- Penutupan kilang e-sisa: Sebanyak 42 kilang e-sisa tidak berlesen telah dikesan sehingga September lalu, dengan lapan sudah ditutup dan 22 dalam siasatan.
- Kerjasama kawalan: Kerajaan bekerjasama dengan agensi seperti JKDM untuk mengawal kemasukan e-sisa, dengan sebanyak 436 kontena berjaya ditahan antara 2020 hingga 2024.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah membanteras isu berkenaan selaras dengan Konvensyen Basel.
“Ini kerana konvensyen terbabit menetapkan semua pergerakan bahan buangan terjadual yang merentasi sempadan perlu mendapat kelulusan sebelum aktiviti transit, penghantaran, import dan eksport dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste 2024 sempena Hari E-Waste Antarabangsa, di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata sebanyak 42 kilang e-sisa tidak berlesen telah dikesan sehingga September lalu dengan lapan daripadanya sudah ditutup manakala 22 masih dalam siasatan dan 34 premis beroperasi seperti biasa.
Jelasnya, sebanyak 436 kontena berjaya ditahan antara 2020 hingga tahun ini, 88 (2020), 76 (2021), 30 (2022), 47 (2023) dan 195 (2024).
Nik Nazmi memaklumkan, pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pelbagai agensi berkaitan lain untuk mengawal kemasukan e-sisa dari negara luar.
“Malah saya juga ada bertemu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memperkasakan Jabatan Alam Sekitar serta menjadikannya sebagai barisan hadapan.
"Apa pun, kita nantikan sahaja dapatannya semasa Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan,” ujarnya.