DUBAI: Malaysia menegaskan Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) yang sedang berlangsung sepatutnya serius untuk menangani kesan iklim dan alam sekitar serangan Israel ke atas Gaza
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa selain daripada krisis kemanusiaan yang mengorbankan 15,000 orang sejak Oktober, serangan Israel ke atas wilayah Palestin juga merosakkan alam sekitar.
Zionis Israel dilaporkan telah menyerang Gaza dengan anggaran 40,000 tan bahan letupan.
Ia hampir empat kali ganda berat gabungan bom nuklear AS yang dijatuhkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945.
"Tahap serangan yang luar biasa ini tanpa ragu-ragu memberikan impak yang menghancurkan pada alam sekitar," kata Nik Nazmi ketika ditemu bual Arab News di COP28
Bagi ratusan ribu rakyat Gaza yang dipindahkan, pencemaran toksik daripada bahan letupan yang membuat udara tercemar dan air tidak boleh diminum.
"Dunia tidak boleh mengabaikan apa yang berlaku di Gaza - sama ada dari segi kemanusiaan atau keadilan iklim.
"Penindasan Israel terhadap penduduk Palestin menyebabkan kedaifan daya tahan iklim untuk rakyat Palestin kerana sekatan kepada sumber asas seperti air dan penggunaan tanah," kata Nik Nazmi.
Untuk rekod, jumlah air yang boleh diakses setiap hari oleh rakyat Palestin adalah jumlah yang Organisasi Kesihatan Sedunia syorkan sebagai minimum dalam zon bencana.
"Ini adalah ketidakadilan iklim yang besar. Penduduk Gaza menghadapi krisis iklim yang lebih teruk dengan kehilangan tanah akibat kenaikan paras laut, ketiadaan akses yang teruk kepada air bersih untuk rakyat Palestin, kekurangan sanitasi, impak ke atas keselamatan makanan ... semua ini memperburuk impak konflik yang berpanjangan," katanya lagi.
Pemimpin politik dan perniagaan dari hampir 200 negara berkumpul di Dubai sehingga 12 Disember depan untuk mesyuarat tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan untuk menangani beberapa isu yang paling mendesak berkaitan dengan pemanasan global dan krisis iklim.
Semasa pemimpin dunia sedang berbincang tentang isu-isu tersebut, Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, dan Raja Jordan, Abdullah II, telah menyatakan bahawa perbincangan mengenai perubahan iklim sepatutnya tidak mengecualikan topik serangan berterusan Israel ke atas Gaza.
Astro Awani
Sun Dec 03 2023
![COP28 harus serius tangani kesan iklim, alam sekitar di Gaza - Nik Nazmi COP28 harus serius tangani kesan iklim, alam sekitar di Gaza - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701516171_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NIK NAZMI: Penindasan Israel terhadap penduduk Palestin menyebabkan kedaifan daya tahan iklim untuk rakyat Palestin kerana sekatan kepada sumber asas seperti air dan penggunaan tanah. -Bernama
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719906420_TBNIKNAZMI.jpg)
Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC
Kerajaan Persekutuan akan memastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak menjejaskan sasaran pencapaian Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) yang ditetapkan Malaysia.
![NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719891424_hutanhujan.jpg)
NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon
Nik Nazmi berkata, ini termasuk inisiatif dan dasar pasaran karbon yang dilaksanakan kerajaan negeri.
![Denda maksimum RM10 juta import sisa haram - Nik Nazmi Denda maksimum RM10 juta import sisa haram - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719383084_tbNikNazmiNRESE.jpg)
Denda maksimum RM10 juta import sisa haram - Nik Nazmi
Denda maksimum sehingga RM10 juta diperuntukkan kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar termasuk pengimportan sisa haram.
![Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714633660_TBNIKNAZMINIKAH.jpg)
Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan
Beliau berkata fasa kedua pembersihan melibatkan penyemburan kawasan berbatu dan pembersihan batu kerikil pula sudah 20 peratus selesai.
![Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050 Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701594806_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) semalam, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
![Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717654052_NikNazmi.jpg)
Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi
Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan.
![PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717653519_MenteriSumberAsli.jpg)
PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi
Kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi PRK Sungai Bakap.
![Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717226669_gajah.jpg)
Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi
Habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati baru-baru ini dikelilingi oleh kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.
![Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717394370_MohamadSuparadi.jpg)
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.