KUALA LUMPUR:Calon peperiksaan utama yang dijadualkan bermula pada bulan ini, yang diarahkan menjalani kuarantin ataupun didapati positif COVID-19, perlu mengemukakan dokumen pengesahan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan, yang dijadualkan semula.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, dokumen tersebut akan menjadi bukti mereka telah menerima rawatan mahupun berjumpa dengan doktor.
"Ada kemungkinan, calon mungkin masa nak pergi ke pusat peperiksaan, mereka rasa seperti tidak mahu pergi dan ingin menduduki peperiksaan yang dijadualkan semula. Ini tidak dibenarkan, tanpa bukti (mereka) tidak dibenarkan duduki peperiksaan dijadualkan semula," katanya ketika menjadi tetamu dalam program temu bual Bernama Radio di sini, hari ini.
Peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dijadual bermula pada 22 Feb, diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020, serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas.
Pada 22 Jan, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, Kementerian Pendidikan akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir kerana disahkan positif COVID-19 atau menjalani kuarantin wajib.
Sementara itu, Pkharuddin berkata semua calon wajib memakai pelitup muka di sekolah, pusat peperiksaan dan sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan, kerana mereka akan berada dalam kumpulan yang ramai.
Pada masa sama, katanya setiap calon mesti membuat pengisytiharan kesihatan pada setiap hari, dan tindakan itu boleh dilakukan menerusi dua kaedah yang ditetapkan.
"Pertamanya, calon boleh mendapatkan borang deklarasi saringan COVID-19 ini yang disediakan pihak sekolah atau sektor penilaian dan peperiksaan jabatan pendidikan negeri. Borang ini hendaklah dilengkapkan lebih awal dan diserahkan kepada petugas pengawas peperiksaan di pintu masuk sekolah ataupun pusat peperiksaan.
"Yang keduanya, borang ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di https://lp.moe.gov.my atau portal Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan calon yang suhu badan melebihi paras 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan untuk memasuki dewan peperiksaan mahupun kawasan sekolah, dan sekiranya dikesan lebih awal, mereka boleh memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri bagi calon persendirian.
"Jadi perkara ini akan menyebabkan mereka perlu pergi menerima rawatan di hospital ataupun klinik dan dapatkan pengesahan doktor, menyatakan bahawa mereka sebenarnya bergejala bukan kerana COVID-19, barulah kemudiannya mereka dibenarkan duduki peperiksaan," kata Pkharuddin.
Jelasnya lagi, terdapat juga kelonggaran bagi mereka yang tiba ke dewan peperiksaan lewat akibat mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor.
"Kalau dalam tempoh 30 minit yang pertama, selepas bermula kertas peperiksaan itu, mereka dibenarkan untuk masuk bagi kertas peperiksaan itu dan digantikan masa yang telah hilang. Ada kelonggarannya di situ, tetapi had masanya 30 minit, lepas itu tidak dibenarkan lagi masuk menduduki kertas peperiksaan itu yang sedang berlangsung.
"Hal ini kerana selepas 30 minit, calon yang menjawab daripada awal masa, dia dah boleh dibenarkan keluar, sama ada dia dah tamat menjawab atau tidak mahu terus menjawab, dia dah boleh keluar. Maka kalau kita biarkan, mereka akan bertemu di luar dewan peperiksaan, mungkin berlaku perkongsian maklumat.
"Katalah selepas kertas yang dia tidak sempat masuk itu, ada lagi kertas yang lain, dia boleh masuk kertas kedua hari itu, tiada masalah," katanya.
Pada masa sama, katanya sekiranya calon dilaporkan oleh klinik atau doktor bahawa mereka tidak sihat, mereka juga boleh menghubungi pihak sekolah dan meminta untuk menduduki peperiksaan di hospital.
"Kita benarkan di hospital kerajaan kerana memang ada prosedur operasi standard (SOP) kita bagi calon yang menduduki peperiksaan di hospital, tetapi bukan berkaitan COVID-19. Kalau berkaitan (COVID-19) memang tidak dibenarkan, tetapi dijadualkan semula untuk duduki peperiksaan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
![Calon positif COVID-19, dikuarantin perlu ada pengesahan untuk duduki peperiksaan dijadualkan semula Calon positif COVID-19, dikuarantin perlu ada pengesahan untuk duduki peperiksaan dijadualkan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613053758_950x600.jpg)
Kementerian Pendidikan akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir kerana disahkan positif COVID-19 atau menjalani kuarantin wajib. - Gambar fail
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia di jangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723553013_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
![Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19 Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723164238_NoahLyles.jpg)
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
![[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia [KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622415528_fake.jpg)
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
![KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
![Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19 Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722334055_LaniPallister.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
![Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19 Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696492107_JoeBiden.jpg)
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721785411_JoeBidenAirForce.jpg)
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
![Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.