KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mewujudkan perjanjian baharu dan menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi perjanjian asas kepada pembentukan negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya mengubah perjanjian yang telah pun dipersetujui.
Tegas beliau, sebarang pandangan yang mencadangkan agar diwujudkan perjanjian baharu disifatkan sebagai terpesong dan sangat mengelirukan.
"Perjanjian Malaysia 1963 dengan izin is a “sacred” and foundation document of the formation of the Federation of Malaysia, yang bermaksud tiada MA63, (maka) tiada Malaysia.
"Apabila Perjanjian Malaysia 1963 diabaikan ianya bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia. Pandangan sebegini sangat mengelirukan jauh tersasar dan tidak selaras dengan Perlembagaan yang kita telah luluskan di dewan ini, yang mana Perjanjian Malaysia 1963 kini menjadi sebahagian Perlembagaan Persekutuan.
"MA63 amat penting kerana ia asas untuk membincangkan isu yang dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak. Kita harus memberi tumpuan kepada perkara, sama ada perkara dipersetujui semasa pembentukan Malaysia dipatuhi atau, sama ada hak itu hak masih belum dipenuhi.
"Maka tanggungjawab kita untuk bersama agar ia dilaksanakan dan ini juga ditekankan dalam Artikel 8 Perjanjian Malaysia," katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Ongkili menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) yang meminta menyatakan apakah pandangan kerajaan mengenai cadangan oleh beberapa ahli politik termasuklah Ahli Parlimen Keningau berkenaan keperluan perjanjian baharu bagi menggantikan MA63.
Selain itu, beliau bertanyakan apakah implikasinya kepada Wilayah Sabah dan Sarawak sekiranya Perjanjian Malaysia 1963 dibatal dan digantikan dengan sebuah perjanjian baharu.
Sementara itu, Datuk Jeffrey Kitingan (STAR-Keningau) mengakui mengemukakan cadangan agar MA63 digantikan kerana ketika itu beliau berpandangan perjanjian tersebut tidak dihormati dan dilaksanakan.
"Jadi apa guna kalau ada perjanjian jika ia tidak dilaksanakan, dan tidak dihormati. Sebab itu saya mencadangkan pada waktu itu.
"Tetapi kini kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan dan menghormati kandungan dan perjanjian dalam MA63. Maka, apa yang saya cadangkan pada waktu itu tidak lagi relevan," katanya.
Dalam pada itu, Ongkili memaklumkan Jabatan Peguam Negara masih lagi meneliti berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip kerajaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Tambah beliau, antara perkara yang sedang dipertimbangkan termasuk berhubung status Sidang Dewan Rakyat pada 1971, yang didakwa melucutkan hak Sabah untuk mendapat 40 peratus secara tidak wajar.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 26 2022

Tegas Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, sebarang pandangan yang mencadangkan agar diwujudkan perjanjian baharu adalah terpesong dan sangat mengelirukan. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
![[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.

Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.

Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.

Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.

Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.

Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.