PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Isnin melancarkan buku 'Menghormati Lambang-lambang Kebesaran Negara' sebagai bahan ilmiah untuk rujukan dan sumber maklumat berkenaan sejarah, falsafah dan nilai setiap lambang kebesaran negara iaitu Jata Negara, Jalur Gemilang dan Alat-Alat Kebesaran Diraja.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata penerbitan buku tersebut merupakan inisiatif KKMM melalui Jabatan Penerangan (JaPen) hasil keputusan mesyuarat Kabinet pada 1 Julai tahun lepas ekoran beberapa insiden penyalahgunaan lambang kebesaran oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab dan ditularkan di media sosial.
"Buku setebal 60 muka surat ini menerangkan secara mudah mengenai undang-undang dan etika penggunaan simbol kebesaran negara.
"Ini seterusnya akan dapat meningkatkan pengetahuan, pemahaman serta semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku itu di sini pada Selasa.
Menarik perhatian mengenai insiden kes Jalur Gemilang salah dipasang walaupun tidak sengajakan menjelang Hari Merdeka, Saifuddin berharap buku itu dapat memberi kefahaman kepada orang ramai tentang tatacara penggantungan bendera serta potret rasmi.
"Ditanya tindakan akan diambil terhadap mereka yang menjadikan bendera Jalur Gemilang sebagai pakaian, Saifuddin berkata walaupun ia niat yang baik untuk menunjukkan rasa sayang dan bangga pada negara, namun sebenarnya tindakan itu tidak dibenarkan.
"Kita tidak berniat mengambil tindakan tapi apabila ada buku dan peraturan sedemikian sebaik Julai nanti, akan mula melancarkan sambutan Hari Kebangsaan, semasa itu akan dijelaskan semua ini untuk mengelakkan daripada berlaku lagi.
"Kita tidak hukum sebab kita tahu niat mereka baik dan tulus serta menunjukkan betapa mereka sayang pada negara dan bangga dengan bendera.
"Namun oleh kerana bendera adalah simbol kebesaran negara, dia ada tatacara penggunaannya," katanya.
Saifuddin berkata sebanyak 100,000 buku akan dicetak untuk diedarkan kepada kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri.
Selain itu, orang ramai digalakkan mendapatkan buku itu dalam bentuk digital yang boleh dimuat turun di laman web KKMM www.kkmm.gov.my atau JaPen di www.penerangan.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
Sebanyak 100,000 buku akan dicetak untuk diedarkan kepada kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri. - Bernama
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke UK sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
Seorang pekerja kontrak maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan kerja memasang talian internet.
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.
PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.
Media tonggak utama perkasa visi Kepengerusian ASEAN 2025
Media memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
Pemadam cadang bina rumah transit bagi bekas penagih wanita
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berhasrat untuk membina rumah transit bagi bekas penagih dadah wanita dalam usaha memberi perlindungan dan pengetahuan kepada golongan tersebut.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.