KUALA LUMPUR: Kebimbangan Digital Nasional Berhad (DNB) bakal memonopoli perkhidmatan 5G tidak lagi berbangkit selepas kerajaan membuka 70 peratus pegangan ekuiti syarikat itu kepada pengendali rangkaian mudah alih di negara ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, sebaliknya usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
"Antara kebimbangan melihat DNB memonopoli tidak lagi berbangkit, kerana kerajaan telah membuka peluang 70 peratus kepada saham DNB itu sendiri turut dimiliki syarikat.
"Jadi tidak lagi timbul DNB konsep monopoli, melainkan satu usahasama di pihak kerajaan dan swasta," jelasnya.
Tambah Annuar, cadangan awal membuka pegangan ekuiti itu pada tahun 2024, namun selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, ianya dipercepatkan.
"Jemaah Menteri telah mengambil kira industri tempahan, cadangan awalnya pada tahun 2024 baru kita beri peluang syarikat telco mengambil saham itu, tetapi mengambil kira pelbagai pandangan, kerajaan setuju mempercepatkan proses tersebut supaya sama-sama terlibat seawalnya dalam program rollout ini," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu.
Dalam pada itu mengulas lanjut jelas Annuar, usahasama itu bukan hanya dapat mengurangkan kos rangkaian 5G, sebaliknya memberi ruang kepada syarikat pengendali rangkaian mudah alih memberi fokus kepada perkhidmatan mereka terhadap pengguna.
"Sebelum daripada ini, masing-masing syarikat membina prasarana masing-masing dan berlaku overlapping dan berlaku kaedah yang kita anggap bukan tidak efisien dari segi rollout, tetapi ia juga menyebabkan kos yang tinggi ditanggung syarikat masing-masing.
"Sekarang ini teknologi tertinggi membolehkan satu menara dikongsikan sampai enam syarikat. Boleh sampai enam syarikat menggunakan hanya satu fasiliti, bayangkan banyak perkhidmatan dapat dilakukan dan merendahkan kos ditanggung pengguna.
"Sasaran kita 5G lebih murah daripada 4G. Kita fikir tidak perlu bersaing dalam menyediakan prasarana, tetapi bersaing dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna. Dengan cara itu kos akan lebih rendah dan perkhidmatan lebih efisien," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Wed Mar 16 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media bersama berhubung pelaksanaan 5G Digital Nasional Berhad di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Digital Nasional Bhd (DNB) perlu kemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selewatnya minggu depan.

Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.

Pencapaian penting SSA tercapai, telco ambil pegangan ekuiti - DNB
DNB berkata ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia.

Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.

DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.