KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perincian mengenainya sedang dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan kaedah terbaik.
"Kita juga telah arahkan MCMC peringkat negeri supaya sentiasa membuat audit kawasan mana yang selalu mengalami 'blind spot' (titik buta), bekalan tidak stabil selain perlu membuat satu kajian bersama dengan Telco yang terlibat.
"Sekarang ini kita dah perkasa tiap-tiap negeri dan MCMC mewujudkan pejabat negeri untuk melihat permasalahan yang masih berlaku di kawasan terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ketereh dan melancarkan Mesin Automatik Mudah Alih (ATM) Beras di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini hari ini.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata kaedah berkenaan perlu dilakukan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada dan tidak bergantung dengan laporan daripada syarikat Telco semata-mata.
"Apabila saya turun di mana-mana kawasan, saya akan membuat semakan secara rawak Internet di kawasan tersebut dan akan bandingkan dengan laporan yang diterima.
"Kadangkala laporan yang diterima tidak sama dengan keadaan Internet di kawasan tersebut. Saya harap syarikat Telco yang terlibat perlu mempunyai sikap bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, mengenai program transformasi digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Annuar berkata baki hampir 200 PEDi dijangka diwujudkan sepenuhnya selewat-lewatnya dua tahun lagi.
"Sebahagian besar (PEDi) kita sasarkan mahu siapkan tahun ini tetapi nak bina sesuatu PEDi ini bergantung kepada banyak perkara seperti untuk mendapatkan Telco, sewa premis dan rekrut staf untuk setiap PEDi selain mempunyai pengisian program secara tersusun.
"Proses ini tidak boleh buat dalam tempoh satu atau dua minggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas merasmikam Mesin ATM Beras parlimen Ketereh di Dewan Tun Abdul Ghaffar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.