Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot pancung yang karam berhampiran Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor, Khamis lepas diteruskan hari ini.
Operasi yang disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis, tentera udara dan laut itu bermula 7 pagi tadi, kata Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Komander Maritim Amran Daud ketika dihubungi Bernama, di sini.
Katanya operasi akan berlangsung sehingga 7 petang dan akan disambung semula pagi esok jika semua mangsa belum dijumpai.
Menurut Amran setakat ini hanya empat penumpang berjaya diselamatkan manakala 40 lagi masih hilang.
Dalam kejadian lewat malam itu, sebuah bot pancung yang dipercayai membawa 44 pendatang tanpa izin warga Indonesia pulang untuk menyambut Aidilfitri di Batam, karam di antara perairan Sedili dan Penawar setelah dipukul ombak besar.
Mereka sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang.
Di JOHOR BAHARU, Amran dalam satu kenyataan berkata hasil soal siasat ke atas mangsa yang terselamat, lebih kurang 40 mangsa bot karam yang masih belum dijumpai terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Katanya, kejadian malang pada kira-kira 10 malam itu hanya disedari apabila sekumpulan nelayan menemui tiga mangsa berpaut pada tong plastik sebelum menyelamatkan mereka.
Penemuan itu kemudiannya dilaporkan oleh Ketua Nelayan Tanjung Sedili dan hasil daripada maklumat itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor telah menggerakkan sebuah kapal dan dua bot laju dari Daerah Tanjung Sedili untuk operasi cari dan menyelamat.
APMM kemudian berjaya menemui seorang lagi mangsa lebih kurang pukul 1 tengah hari semalam, katanya.
Keempat-empat mereka yang dalam kesejukan dan melecur 40 peratus badan dibawa ke Daerah Maritim Tanjung Sedili sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan, katanya.
Menurut Amran, mangsa yang diselamatkan dikenali sebagai Adi, 26; Saipol Bahari, 29; Mustapa, 31, dan Tajul Abdullah, 31. Kesemua mereka adalah warganegara Indonesia.
Ini merupakan kejadian bot karam kedua melibatkan warga Indonesia sepanjang bulan Ramadan ini.
Dalam kejadian pada 19 Julai lalu seorang maut manakala tujuh lagi hilang selepas sebuah bot kayu membawa 35 penumpang warga Indonesia untuk pulang berhari raya karam dipukul ombak besar di perairan Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, 28 mangsa berjaya diselamatkan sebuah kapal tangki, MT Octaden yang melalui kawasan tersebut sebelum kapten kapal menghubungi pihak berkuasa.
Bernama
Sat Aug 03 2013

AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Lebih 180 migran dikhuatiri maut, 2 bot terbalik di luar pantai Yaman - PBB
Lebih 180 migran dikhuatiri maut selepas dua bot terbalik di perairan pantai Yaman ketika laut bergelora, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Jumaat.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.

Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.

Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.

Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.

Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.

Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.