KOTA BHARU: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir perlu mengunjungi setiap rumah bagi menemui penghuninya.
Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata arahan itu perlu dititikberatkan khususnya di kawasan penempatan penduduk yang teruk ditenggelami air seperti di Pasir Puteh dan Rantau Panjang di Kelantan.
"Saya mahu setiap gerak kerja atau operasi penyelamatan yang dilaksanakan, tidak ada rumah yang terlepas daripada dilawati terutama di dua kawasan ini.
"Pastikan setiap rumah yang terlibat banjir kita lawati, temui isi rumah, pujuk dan buat pemindahan segera jika keadaan memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pengoperasian banjir oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin di sini pada Selasa.
Seramai 1,294 anggota bomba terlibat dalam penugasan banjir di Kelantan.
Dalam pada itu, Ahmad Izram berkata selain mendapatkan input bagi menambah baik perancangan dan pengoperasian banjir oleh jabatan itu, kehadirannya ke Kelantan juga bertujuan memberi sokongan moral dan menyuntik semangat kepada seluruh anggota yang bertugas.
Menurut Ahmad Izram beliau sedar anggota bomba telah kepenatan kerana berdepan pelbagai cabaran sejak banjir melanda pada 14 Dis lepas namun semangat serta dedikasi mereka amat dituntut dalam meneruskan misi menyelamat dan memindahkan mangsa.
Beliau berkata pengoperasian JBPM turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO) dari luar Kelantan yang menyediakan tenaga kerja serta 30 lori sekali gus meringankan beban penugasan yang terpaksa dipikul anggotanya.
"Kita harus bijak gembleng tenaga agensi dan NGO yang sedia membantu kita dalam membantu kerja-kerja pemindahan di kawasan kurang berbahaya, jadi anggota kita boleh menumpukan usaha menyelamat dan memindahkan mangsa di lokasi berisiko tinggi antaranya Pasir Puteh dan Rantau Panjang," katanya.
Ahmad Izram berkata sejak 14 Dis hingga 2 petang tadi, JBPM Kelantan telah memindahkan seramai 4,251 orang daripada keseluruhan 18,632 mangsa yang direkodkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Seramai 1,294 anggota bomba terlibat dalam penugasan banjir di Kelantan. - Foto fail/APM
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.
Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah
Dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra
BBP Jitra terima panggilan kecemasan pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.