PUTRAJAYA: Bilangan penganggur pada Julai menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 579,200 orang berbanding 581,700 orang pada bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan susulan Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia, Julai 2023 dikeluarkan hari ini berkata kadar pengangguran pada Julai itu kekal 3.4 peratus seperti bulan sebelumnya.
Beliau berkata bilangan penduduk bekerja pada Julai pula merekodkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus iaitu 16.34 juta orang berbanding 16.31 juta pada Jun.
"Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan itu meningkat 0.1 peratus menjadi 70.1 peratus (Jun 2023: 70.0 peratus)," katanya.
Berdasarkan sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata peningkatan bilangan penduduk bekerja terus meningkat dalam sektor perkhidmatan terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit, dan pendidikan.
"Begitu juga, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian kekal dalam trend positif, manakala sektor pembuatan dan pertanian mencatatkan penurunan sedikit pada bulan itu," katanya.
Beliau berkata bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada Julai 2023 mencatatkan penurunan sebanyak 0.01 peratus kepada 7.23 juta orang.
Mengulas berkenaan statistik itu, Mohd Uzir berkata kedudukan tenaga buruh negara dijangka kekal positif dan berkembang secara sederhana pada bulan akan datang memandangkan prospek ekonomi Malaysia jangka pendek dijangka sederhana pada bulan-bulan seterusnya.
"Ia selaras dengan jangkaan perniagaan positif bagi suku ketiga 2023, yang disokong oleh kestabilan pasaran pekerjaan, peningkatan dalam pelancongan domestik dan prospek yang lebih optimistik dalam industri pelancongan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Mohd Uzir berkata kadar pengangguran pada Julai itu kekal 3.4 peratus seperti bulan sebelumnya. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.

Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.

Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.

Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.

Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.

Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.

Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.