KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHP) bagi pengeluaran tempatan, yang mengukur harga barangan di pintu kilang, merosot lagi kepada - 2.9 peratus pada Mac 2023 berbanding - 0.8 peratus yang direkodkan pada Februari 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
Indeks tandan buah segar terus mencatatkan - 43.5 peratus pada Mac 2023 daripada - 40.5 peratus yang disaksikan semasa bulan sebelumnya, yang menyumbang kepada penurunan dua digit - 28.7 peratus dalam indeks pertanian, perhutanan dan perikanan berbanding Februari 2023 (-26.1 peratus).
Indeks perlombongan berkurangan kepada -11.5 peratus (Februari 2023: -6.5 peratus) dengan pengekstrakan indeks petroleum mentah merosot sebanyak - 21.2 peratus menjelang Mac 2023.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata indeks pembuatan meningkat sebanyak 1.4 peratus pada Mac 2023 (Februari 2023: 3.0 peratus), disumbangkan oleh kenaikan dalam pembuatan produk komputer, elektronik dan optikal (8.9 peratus) serta indeks pembuatan peralatan elektrik (5.3 peratus).
Manakala bagi sektor utiliti, indeks bekalan air, elektrik dan gas masing-masing menokok 3.3 peratus dan 1.4 peratus.
Secara bulanan, beliau berkata IHP pengeluaran tempatan bertambah 0.3 peratus pada Mac 2023 berbanding penurunan 0.2 peratus pada bulan sebelumnya.
"Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan naik 4.8 peratus seiring dengan pertumbuhan indeks tanaman saka yang melonjak 6.5 peratus. Sektor bekalan elektrik dan gas turut mencatatkan kenaikan sebanyak 0.5 peratus pada Mac," katanya.
Sebaliknya, sektor perlombongan menyusut sejumlah 0.6 peratus, terjejas oleh penurunan dalam pengekstrakan gas asli (-1.0 peratus) serta pengekstrakan indeks petroleum mentah (-0.5 peratus), katanya.
Bagi indeks pembuatan, ia mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.1 peratus disebabkan oleh penurunan dalam pembuatan produk petroleum kok dan bertapis (-1.6 peratus), pembuatan kimia serta produk kimia (-0.2 peratus) dan pembuatan produk makanan (-0.1 peratus).
Sama seperti bulan sebelumnya, indeks bekalan air berkurangan sebanyak 0.3 peratus, katanya.
Mohd Uzir ketika mengulas mengenai pengeluaran tempatan IHP mengikut peringkat pemprosesan berkata indeks bahan mentah bagi pemprosesan selanjutnya susut lagi kepada -21.0 peratus pada Mac 2023 (Februari 2023: -16.9 peratus) disebabkan penurunan -25.2 peratus dalam bahan bukan makanan.
Bagaimanapun, bahan perantaraan, bekalan dan komponen meningkat 1.5 peratus pada Mac 2023 (Februari 2023: 3.3 peratus) berikutan pertambahan bekalan (10.6 peratus), bahan api diproses dan pelincir (6.0 peratus) serta indeks bahan dan komponen bagi pembinaan (3.8 peratus).
Barangan siap meningkat sebanyak 3.9 peratus (Februari 2023: 4.0 peratus) dengan indeks peralatan modal dan barangan pengguna siap masing-masing menokok 5.0 peratus dan 2.6 peratus.
Daripada segi perbandingan bulanan, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen kekal tidak berubah pada Mac 2023, manakala indeks bahan mentah bagi pemprosesan selanjutnya serta barangan siap masing-masing mencatatkan kenaikan 1.5 peratus dan 0.2 peratus.
Ketua Perangkawan itu berkata menjelang suku pertama 2023, IHP pengeluaran tempatan mencatatkan kelemahan sebanyak 0.8 peratus berbanding 3.5 peratus pada suku keempat 2022.
Penurunan itu disebabkan oleh indeks pertanian, perhutanan dan perikanan (-25.4 peratus) serta perlombongan (-6.8 peratus).
Sebaliknya, beliau berkata kenaikan dicatatkan bagi indeks pembuatan (2.9 peratus), bekalan elektrik dan gas (1.2 peratus) serta bekalan air (3.6 peratus), manakala, perbandingan dari suku ke suku menunjukkan IHP pengeluaran tempatan merosot 0.8 peratus (suku keempat 2022: -0.7 peratus).
Mengulas mengenai inflasi di peringkat pengeluar negara-negara tertentu, Mohd Uzir berkata kebanyakan negara mencatatkan indeks yang sederhana pada bulan ini di tengah-tengah kelembapan harga komoditi dan makanan.
"Pasaran komoditi global menghadapi ketidaktentuan harga pada tahun-tahun akan datang yang bukan sahaja disebabkan oleh kebimbangan geopolitik yang berlarutan tetapi juga sebahagian besarnya tertumpu kepada China dan perubahan iklim.
"Economist Intelligent Unit (EIU) mengunjurkan harga minyak akan kekal tinggi pada 2023," katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah beberapa minggu kebelakangan ini telah mencetuskan penyusutan mendadak harga minyak disebabkan kejatuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank di Amerika Syarikat selain daripada isu kecairan yang dihadapi oleh Credit Suisse.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Mohd Uzir berkata trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023. -Gambar fail/Astro AWANI

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

Bursa Malaysia meningkat semula didorong momentum belian berterusan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4925/5050 berbanding mata wang AS daripada 4.5080/5120 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.

Indeks Harga Pengeluar terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan minat belian baharu
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang data AS utama dikeluarkan minggu ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.57 mata kepada 1,640.19 daripada 1,635.62 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung
Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung, kata penganalisis.