KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Dari tahun ke tahun, pengeluaran getah asli menyusut sebanyak 9.1 peratus kepada 23,460 tan metrik pada April 2023, katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan pekebun kecil menyumbang 89.1 peratus pengeluaran getah asli pada April tahun ini, dengan baki 10.9 peratus datang dari sektor ladang.
Daripada segi inventori, jumlah stok getah asli merosot 5.1 peratus kepada 211,119 tan metrik daripada 222,455 tan metrik pada Mac 2024.
Kilang pemprosesan getah memegang 92.4 peratus daripada stok, diikuti kilang pengguna getah (7.5 peratus) dan ladang getah (0.1 peratus).
Mohd Uzir menyatakan bahawa untuk April, eksport getah asli Malaysia adalah sebanyak 47,796 tan, turun 18.9 peratus daripada 58,965 tan yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli, menyumbang 44.8 peratus daripada jumlah eksport pada April. diikuti India (11.4 peratus), Jerman (8.0 peratus), Emiriyah Arab Bersatu (4.3 peratus) dan Pakistan (3.9 peratus).
"Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan, tayar, tiub dan benang getah," katanya.
Sarung tangan merupakan eksport utama dalam kalangan produk berasaskan getah, dengan nilai RM1.09 bilion pada April 2024, jatuh 3.8 peratus daripada RM1.14 bilion pada Mac 2024.
DoSM turut menjelaskan analisis harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat berkurangan 0.9 peratus pada April 2024 kepada 733.58 sen sekilogram, manakala getah sekerap susut 0.1 peratus kepada 639.62 sen sekilogram.
"Harga bagi semua Getah Standard Malaysia (SMR) menurun antara 0.3 peratus sen kepada 0.9 peratus," katanya.
Sementara itu, Malaysian Rubber Board Digest keluaran April 2024 melaporkan trend bercampur-campur dalam pasaran getah Kuala Lumpur, dengan SMR 20 pada mulanya menunjukkan pergerakan menaik sebelum melemah menjelang akhir bulan.
"Pasaran getah asli juga terencat akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama.
"Bagaimanapun, sentimen pasaran mendapat sokongan daripada data ekonomi China yang menggalakkan, langkah sokongan berterusan dari China, ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang stabil oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). ," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Mohd Uzir menjelaskan pekebun kecil menyumbang 89.1 peratus pengeluaran getah asli pada April tahun ini, dengan baki 10.9 peratus datang dari sektor ladang. - Gambar fail/Bernama

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Pasaran getah ditutup tinggi seiring aliran meningkat niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu seiring dengan aliran meningkat di niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap bekalan getah asli.

Nilai eksport komoditi Malaysia cecah RM160 bilion setiap tahun - Johari
Nilai eksport komoditi dan produk berasaskan komodiiti berjumlah sekitar RM160 bilion pada setiap tahun setakat ini, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 0.2 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 0.2 peratus kepada 30,273 tan pada Januari 2024 daripada 30,342 tan pada Disember 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Mekanisme harga getah untuk kesinambungan hidup pekebun kecil dijangka dimuktamad tahun ini - KPK
Antara cabaran utama pelaksanaan mekanisme LRPM adalah untuk mendapatkan kesepakatan dari semua 13 negara anggota di bawah ANRPC.

Pengeluaran getah asli turun kepada 30,342 tan pada Disember 2023 - Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia menyusut 1.1 peratus pada Disember 2023 kepada 30,342 tan metrik berbanding 30,669 tan metrik pada November 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus kepada 32,944 tan pada Oktober 2023 daripada 32,757 tan pada September 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).