KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus kepada 32,944 tan pada Oktober 2023 daripada 32,757 tan pada September 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bagi perbandingan tahun ke tahun pengeluaran getah asli meningkat 3.6 peratus daripada 31,795 tan pada Oktober 2022.
Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2023 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (84.2 peratus) berbanding sektor estet (15.8 peratus).
"Jumlah stok getah asli pada Oktober 2023 menurun 0.4 peratus kepada 152,396 tan berbanding 153,011 tan pada September 2023.
"Kilang pemproses getah pula menyumbang stok akhir sebanyak 88.7 peratus diikuti kilang pengguna getah (11.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata eksport getah asli Malaysia menurun 1.0 peratus bulan ke bulan kepada 56,460 tan berbanding 57,028 tan pada September 2023.
China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 58.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Oktober 2023 diikuti Jerman (8.5 peratus), Iran (3.5 peratus), Portugal (2.0 peratus) dan Turkiye (1.8 peratus).
"Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
"Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.0 bilion pada Oktober 2023, menurun 2.0 peratus berbanding RM1.02 bilion pada September 2023," katanya.
Menurut DOSM, analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan iaitu 10.6 peratus kepada 532.20 sen sekilogram pada Oktober 2023 daripada 481.08 sen sekilogram pada September 2023, manakala sekerap meningkat 4.4 peratus kepada 548.84 sen sekilogram pada Oktober 2023 daripada 525.59 sen sekilogram pada bulan sebelum itu.
Ia berkata harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (SMR) pula meningkat antara 3.2 peratus hingga 10.5 peratus.
The World Bank Commodity Price Data melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) meningkat 2.1 peratus kepada USD1.45 sekilogram daripada USD1.42 sekilogram, dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) meningkat 3.4 peratus kepada USD1.61 sekilogram daripada USD1.55 sekilogram.
Menurut laporan Malaysia Rubber Board Digest pada Oktober 2023, pasaran getah Kuala Lumpur secara amnya, bercampur-campur dengan harga SMR 20 dan lateks pekat bergerak dalam momentum meningkat disokong oleh pasaran asas yang menggalakkan terutama kekurangan bekalan getah disebabkan cuaca lembab di kebanyakan negara pengeluar getah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2023 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (84.2 peratus) berbanding sektor estet (15.8 peratus). - Gambar fail
AWANI Borneo [24/2/2025] – Di seluruh negara | Air oh air | Kesalinghubungan
AWANI Borneo Isnin, 24 Februari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.

Perangi rasuah, hentikan budaya minta komisen - MB Negeri Sembilan
Penjawat awam di Negeri Sembilan diingatkan tidak berkompromi dengan mana-mana salah laku integriti selain perlu menghentikan budaya meminta komisen yang menggunakan alasan tabung kebajikan.
ASEAN 2025 | 24 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kejayaan ditentukan pada hari pengundian - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengingatkan ahli partinya agar tidak leka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
STARsabah tidak terima gabungan parti luar
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menerima dan tidak akan bergabung dengan parti dari luar.
Sarawak bangunkan dua fasiliti pascaperubatan ala resort
Bukan sekadar Kalimantan, sektor pelancongan kesihatan di Sarawak kini menyasarkan pelanggan dari Jakarta, Kemboja serta Hong Kong.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau
Sarawak berhasrat menjadikan AirBorneo sebagai pemacu transformasi udara serantau, seiring dengan aspirasi menjadikan wilayah itu sebagai hab penting di Asia Tenggara.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan - James
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib telah mengarahkan pihak konsesi, Timatch Group, dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk segera bertindak menangani masalah bekalan air di Sandakan terutamanya di kawasan Karamunting.
Sabah bakal menerima jumlah pelaburan sebanyak RM58.3 bilion
Jumlah keseluruhan pelaburan asing dan domestik yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Sabah sejak September 2020 dianggarkan sebanyak RM17.41 bilion daripada 73 syarikat.
BWI kini disalurkan melalui BSN
Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir kini disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memastikan penyaluran lebih teratur dan telus.

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus kepada 32,944 tan pada Oktober 2023 daripada 32,757 tan pada September 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 4.5 peratus pada Julai
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 4.5 peratus kepada 28,533 tan pada Julai 2023 daripada 29,867 tan yang dicatatkan pada Jun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran lateks negara akan ditingkatkan 30 peratus setahun - Fadillah
Kerajaan akan meningkatkan pengeluaran lateks negara sebanyak 30 peratus kepada 40,000 tan setahun bagi membantu memenuhi permintaan sektor hiliran getah.

Uggah ketuai misi ke mesyuarat ITRC di Jakarta
ITRC bermatlamat menggalakkan kerjasama dalam kalangan negara pengeluar utama getah asli selain memastikan kestabilan harga komoditi berkenaan.