KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan pengeluaran lateks negara sebanyak 30 peratus kepada 40,000 tan setahun bagi membantu memenuhi permintaan sektor hiliran getah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata bagi tujuan itu kerajaan telah mewujudkan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) yang merupakan inisiatif di bawah seliaan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
"Insentif ini bertujuan memberi peluang kepada pekebun kecil getah untuk menambah pendapatan dengan memberi galakan kepada mereka untuk beralih kepada menghasilkan susu getah (lateks) berbanding getah sekerap.
"Langkah ini juga akan membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import lateks untuk industri tempatan, yang pada masa ini bernilai sehingga RM3 bilion setahun," katanya kepada media pada sesi lawatan ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan, hari ini.
Usai sesi lawatan ke PMG, Fadillah menyantuni lebih 150 orang pekebun kecil getah dan komuniti serta belia dalam sesi sembang santai di kampung tersebut.
Program ini merupakan sebahagian dari kerangka program Trek Komoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Zon Tengah Semenanjung yang diadakan bermula 5-6 Ogos 2023.
Selain sesi sembang santai, Fadillah juga melawat kebun getah milik penduduk tempatan dan melihat sendiri proses pengumpulan getah dari ladang untuk dibawa ke PMG.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Fadillah berkata, kerajaan telah mewujudkan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) yang merupakan inisiatif di bawah seliaan Lembaga Getah Malaysia (LGM). - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

Kajian beras MyCC dapati tiada elemen bertentangan undang-undang persaingan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata kajian am itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.
AWANI 7:45 [24/2/2025] – Pelaburan tidak wujud | Tangani banjir kawasan berisiko tinggi | Syarikat merugikan | Kerapuhan gencatan senjata
Scam menggila di media sosial, nenek rugi RM4 juta sindiket melabur dalam Facebook.
RM22 bilion rancangan tebatan banjir seluruh negara.
Agensi kerajaan rugi, kaji semula hala tuju syarikat subsidiari kerajan.
Israel hantar kereta kebal masuk Gaza, Nentanyahu dibawa ke mahkamah.
RM22 bilion rancangan tebatan banjir seluruh negara.
Agensi kerajaan rugi, kaji semula hala tuju syarikat subsidiari kerajan.
Israel hantar kereta kebal masuk Gaza, Nentanyahu dibawa ke mahkamah.

Pengeluaran lateks negara akan ditingkatkan 30 peratus setahun - Fadillah
Kerajaan akan meningkatkan pengeluaran lateks negara sebanyak 30 peratus kepada 40,000 tan setahun bagi membantu memenuhi permintaan sektor hiliran getah.