KUALA LUMPUR: Malaysia akan meningkatkan kerjasama di peringkat Asia dan Pasifik untuk memperluas program serta aktiviti pembinaan kapasiti statistik, terutamanya dalam usaha menjayakan agenda kelestarian.
Sebagai ahli Majlis Pentadbiran Institut Statistik, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara demi manfaat sejagat.
Kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Malaysia punyai platform luas untuk perkongsian pengetahuan dan kepakaran untuk pembangunan kapasiti statistik yang mampan dan penyertaan selain mengukuhkan kerjasama antarabangsa melalui Institut Statistik Malaysia.
“Dengan memperkukuh pembinaan kapasiti statistik manusia, pertukaran perspektif teknologi terkini berkaitan dengan statistik, DoSM boleh berkongsi dan mengembangkan kebolehan dalam pembangunan kapasiti melalui kerjasama pengurusan latihan dalam statistik rasmi.
“DoSM juga berkongsi kemudahan dan kerjasama dengan badan statistik lain yang berkaitan untuk menyelaraskan program berkaitan latihan.”
Mohd Uzir berkata demikian dalam ucapan pembukaan Sesi ke-19 GC SIAP dan Seminar Pengurusan ke-18 Ketua Pejabat Perangkaan Kebangsaan (NSOS) di Asia Pasifik di sini pada Rabu.
Tegas beliau, Malaysia menyokong SIAP untuk mencapai matlamat dan jangkaan yang digariskan dalam Pelan Strategik SIAP 2021-2025 untuk menambah baik sistem statistik dalam membuat keputusan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron, yang menyatakan bahawa pentingnya Malaysia untuk menyelaras sistem statistik dengan standard antarabangsa supaya impaknya lebih ketara.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, dengan memanfaatkan data besar, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian pembelajaran mesin, input data dapat diolah kepada kefahaman bermakna.
Ia bertepatan dengan keperluan yang semakin meningkat dalam banyak perkara, antaranya statistik alam sekitar yang menyeluruh ketika dunia sedang memberi tumpuan kepada usaha menangani krisis perubahan iklim.
“Ini termasuk data mengenai pelepasan gas rumah hijau, kadar penebangan hutan, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, dan kepelbagaian biologi.
“Akses kepada satistik yang tepat, terkini dan semasa menyediakan negara dengan kelebihan daya saing, dan memupuk budaya berpusatkan data menjadi penting dalam memastikan keputusan, sama ada dalam sektor awam atau swasta, kekal rasional, objektif dan seiring dengan aspirasi negara.”
Acara yang bermula 13 Disember 2023 ini dihadiri 97 perwakilan dari negara-negara anggota Asia dan Pasifik yang diketuai oleh Ahli GC dari Jepun, Bangladesh, China, India, Filipina, Republik Korea, Thailand dan Viet Nam, termasuk wakil dari Malaysia.
Sesi ke-19 GC SIAP akan membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada Sesi ke-18 termasuk laporan Pengarah mengenai pencapaian pada tahun 2023; cadangan program kerja dan pelan kewangan Institut bagi tahun 2024; dan penggubalan pelan strategik bagi tahun 2025-2029.
Sementara Seminar ke-18 pula bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan kepemimpinan dan pengurusan ketua-ketua Pejabat Statistik Kebangsaan (NSOs) dengan menyediakan forum untuk membincangkan, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman.
Israr Khalid
Fri Dec 15 2023

Ketua Setiauasa Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama para perwakilan yang hadir pada Sesi ke-19 GC SIAP di Kuala Lumpur, 13 Dis 2023.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.

Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.

Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.

Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.

Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.

Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.

Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.