KUALA LUMPUR :Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini yang sepatutnya bersambung selama empat hari sepanjang minggu ini, ditangguhkan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sehingga 9 November.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib berkata, mahkamah menetapkan 16 November ini untuk menyambung perbicaraan yang sebelum ini ditetapkan pada hari ini hingga Khamis.
“(Penangguhan) tarikh sambung bicara ke 16 November dimaklumkan oleh timbalan pendaftar pada 28 Oktober lalu kepada TPR Poh Yih Tiin,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang merupakan saksi pendakwaan kelima, dijadual dipanggil semula bagi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, apabila perbicaraan bersambung semula di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan di antara Rosmah dan suaminya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai bahan bukti di mahkamah.
Pendakwaan telah selesai memanggil 23 saksi memberi keterangan dan dijangka menutup kes mereka dalam masa terdekat.
Rosmah, 69, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Rasuah terbabit didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Agensi
Mon Nov 02 2020
Mahkamah menetapkan 16 Nov ini untuk menyambung perbicaraan. -Bernama
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.