PUTRAJAYA: Ketika menyusuri bendera-bendera Malaysia yang berkibar megah di sepanjang Jambatan Seri Gemilang di Putrajaya, dua ahli silat yang berbaju melayu lengkap bersampin dan bertanjak umpama pendekar zaman dahulu, menarik tumpuan mata yang memandang.
Ada yang menyapa dengan laungan 'terbaik bang', ada yang memberi tanda 'thumbs up' dan ada yang membunyikan hon kepada Mohd Khairul Kamaruzaman, yang merupakan guru silat dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan anak muridnya Izwan Khuzzairie Azhar Ahmad.
Bagi Mohd Khairul, 36, dan Izwan Khuzzairie, 23, memperagakan pakaian tradisional umpama persalinan pejuang zaman dahulu itu adalah cara mereka untuk menzahirkan rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64.
Mohd Khairul berkata, apabila mengenakan pakaian tersebut di kawasan tumpuan awam, ia meniupkan semangat patriotisme dalam diri selain menjadi hasratnya untuk mengingatkan orang ramai, tentang bagaimana pejuang terdahulu berpakaian ketika berusaha menetang penjajahan.
"Kita perlu tunjukkan identiti pahlawan-pahlawan dahulu, zaman sekarang ramai yang tidak faham. Sepatutnya masing-masing buang rasa malu dan segan... apa salahnya sempena Hari Kebangsaan ini kita memakai pakaian tradisional lengkap," katanya kepada Bernama.
Selain Jambatan Seri Gemilang, Mohd Khairul dan Izwan Khuzzairie turut menyusuri kawasan umum dengan berpakaian baju melayu lengkap bertanjak dan bersampin itu, di kawasan Tasik Putrajaya dan taman permainan di Presint 18 di sini.
"Bila saya pakai, ramai yang tegur dan majoriti orang yang lihat menyokong apa yang saya dan anak murid lakukan... ada yang membunyikan hon dan memberi salam," kata Mohd Khairul.
Bapa kepada tiga orang anak yang berasal dari Kelantan itu berkata, rakyat Malaysia perlu sentiasa mengingati pengorbanan pejuang terdahulu, kerana tanpa mereka keamanan yang dikecapi ketika ini tidak akan dapat dinikmati.
"Meskipun negara dilanda pandemik COVID-19, kita masih boleh menyambut sambutan Hari Kemerdekaan dengan pelbagai cara, dan apa yang penting adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka," katanya.
Sementara itu, Izwan Khuzzairie berkata golongan muda seharusnya menggunakan medium media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok, untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaaan ke-64.
"Muat naik gambar dengan Jalur Gemilang dan letakkan tanda pagar atau 'hashtag' tertentu yang membolehkan orang luar tahu, yang kita berada dalam bulan kemerdekaan. Kita patut bangga yang negara telah merdeka dan hidup aman damai, meskipun berbilang kaum," kata pelajar tahun tiga Universiti Teknikal Malaysia itu.
Beliau berkata meskipun kemeriahan sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini berbeza disebabkan pandemik COVID-19, namun ia bukan penghalang untuk rakyat Malaysia bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Mohd Khairul (kiri) dan Izwan Khuzzairie berbaju Melayu lengkap bersampin dan bertanjak, menyusuri Jalur Gemilang yang berkibar megah di sepanjang Jambatan Seri Gemilang bagi menzahirkan rasa cintakan negara. --fotoBERNAMA
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.