1. Datuk Bandar KL jamin Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman tidak dirobohkan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India, di sini.
2. Anita Azrin Pengerusi PSM baharu
Bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu berkuat kuasa hari ini.
3. KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.
4. Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac ini
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
5. Syed Saddiq didakwa berniat jahat dalam pengeluaran RM1 juta
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan manfaat politik bagi mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun Armada.
6. Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun Selasa lepas.
7. Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
8. Guru jangan jadikan pelajar sebagai kandungan media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.
9. Lipis dan Telupid antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia
KPKT memaklumkan lapan daerah dianugerahkan Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) manakala 12 lagi bagi Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.
10. Projek rintis sekolah bertingkat dilaksana tahun ini atasi isu sekolah padat
Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.
