ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Mac 2025.


1. Tragedi menjelang Syawal, abang parah, adik cedera main mercun bola di Kedah

Dua beradik cedera parah dipercayai akibat terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Baru, Kuala Nerang, Padang Terap, pada Selasa.



2. Warga emas tampar pemuda dilepas tanpa bebas, kes dirujuk AGC

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang warga emas yang didakwa menampar seorang pemuda bukan Muslim yang dikatakan tidak berpuasa pada Ahad lalu.


3. "Aidilfitri tidak bermakna tanpa abah dan abang"

"Hari Raya Aidilfitri tidak bermakna lagi buat kami bertiga selepas ‘abah’ dan ‘abang’ meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua treler berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah semalam."


4. Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan

Sewaktu meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat SPRM, Ismail Sabri dilihat menutup rapat tingkap kereta dan tidak melambai pengamal media seperti kebiasaannya.


5. Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan itu sewaktu mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Rabu.


6. Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa

Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda di sebuah pusat beli-belah di Tampoi, kira-kira jam 6.15 petang pada 17 Mac lalu.


7. Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah 

Bella Astillah berkata, kehadirannya memberi sokongan sebagai seorang sahabat, lebih-lebih lagi rakan kerjasama kolaborasi.


8. Kabinet setuju meterai perjanjian pencarian MH370 dengan Ocean Infinity

Jemaah Menteri bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom (UK) untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.


9. Polis, MCMC diminta siasat individu hina Nabi Muhammad di FB - Aaron

Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook, Khor Soon Seat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.


10. Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.