1. Lelaki ditahan acu pistol selepas ditegur jangan merokok
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran dikatakan berlaku di sebuah medan selera di Puchong, Selangor, Isnin lalu.
2. Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis disifatkan satu detik bersejarah buat negara, selepas menerima sokongan lebih dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.
3. Nisbah pesakit kanser payudara di negara meningkat - Dr Imi Sairi
Nisbah pesakit kanser payudara negara meningkat bermula lima tahun lepas, dengan seorang daripada 23 wanita berisiko mendapat penyakit itu, kata Ketua Perkhidmatan Surgeri Payudara dan Endokrin Malaysia, Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi.
4. Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.
5. Belanjawan 2025: Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas
Kerajaan akan memperluaskan skop Cukai Perkhidmatan meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
6. Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini hari ini.
7. Belanjawan 2025: Penjawat awam tidak dilupa, ini manfaat untuk mereka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengajak penjawat awam menerapkan budaya kerja baharu untuk menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan kepada rakyat.
8. Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI meletakkan keutamaan memastikan kesejahteraan perumahan mampu milik untuk rakyat.
9. Belanjawan 2025: Bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam
Berita gembira untuk penjawat awam apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.
10. Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.