ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.


1. Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meninggal dunia

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi di rumahnya di Bukit Chedang.



2. Banjir di Kedah makin buruk, 6,087 mangsa ditempatkan di 36 PPS

Situasi banjir di Kedah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini mencatatkan peningkatan sehingga jam 8 pagi Jumaat.


3. Alif Teega mengaku tidak bersalah seleweng dana infaq lebih RM63,000

Pempengaruh Alif Teega mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM63,605.48.


4. Benar Sanusi di luar negara ketika ini, tetapi bukan sebab bercuti - Pejabat MB Kedah

Pejabat Menteri Besar Kedah mengesahkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sememangnya berada di luar negara, namun bukan atas tujuan bercuti atau melancong ketika beberapa daerah di negeri Jelapang Padi itu dilanda banjir serta ribut seperti yang didakwa.


5. Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam antara 7 pengikut GISB ditahan

Anak bekas pemimpin Al-Arqam antara tujuh ditahan dalam empat serbuan berasingan di Temerloh, Pahang; Telok Kemang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Chepa, Kelantan menerusi Op Global.


6. MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin

PN mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia.


7. Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing

Seri Paduka Baginda mengadakan lawatan negara sulung ke republik itu hingga 22 Sept ini, atas jemputan Presiden China, Xi Jinping.


8. Belanjawan 2025: Kos sara hidup, harga barang tumpuan Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat.


9. Kontroversi GISB: Majlis fatwa negeri mula bersuara

Kontroversi mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), yang terpalit isu mengeksploitasi kanak-kanak dan agama, semakin memuncak apabila Perlis menjadi negeri pertama memutuskan bahawa ajaran dan kepercayaan yang dibawa oleh kumpulan itu mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dalam aspek batiniah.


10. Mahkamah Tinggi lepas sementara Da'i Syed sehingga rayuan didengar

Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan sementara pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara atas pertuduhan merogol seorang wanita.