ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.


1. Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan 

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta. 



2. Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi

Selepas menutup tirai Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai penampilan terakhir, pelumba trek negara Datuk Azizulhasni Awang kini bersedia meneruskan kariernya sebagai penasihat prestasi. 


3. Rangka manusia ditemui dalam loji kumbahan

Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di Kota Tinggi. 


4. Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther ditahan polis

Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.


5. Pemandu terlelap, kereta terjunam dari jambatan setinggi 30 meter 

Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz setinggi kira-kira 30 meter di Melaka pagi tadi. 


6. Kes tembak di KLIA: Perbicaraan kes Hafizul miliki senjata api Disember depan 

Mahkamah Sesyen di Kota Bharu menetapkan 8 dan 9 Dis depan bagi perbicaraan kes seorang pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari, 38, yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api. 


7. Eksploitasi kanak-kanak, agama: Modus operandi GISB, kanak-kanak dididik cara meliwat, diliwat - KPN

Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati modus operandi yang dilakukan di 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain.


8. Concorde Hotel KL tidak dijual - Sallehuddin

Concorde Hotel Kuala Lumpur komited sepenuhnya terhadap operasi dan legasinya yang berterusan.


9. Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof

Pelakon, Puteri Sarah Liyana, menegaskan dia tidak lagi mahu terlibat dalam sebarang isu yang melibatkan bekas suaminya, Syamsul Yusof, yang bercerai dengan Ira Kazar pada Khamis lalu.


10. Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai teladan jika beliau mahu menjadi perdana menteri.