ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 September 2024.


1. EEF: Undangan peribadi Putin ke sidang kemuncak BRICS bukti Malaysia diberi keutamaan – PM Anwar

Ia merupakan satu penghormatan memandangkan Malaysia masih lagi di peringkat permohonan untuk memasuki gabungan tersebut,



2. Mahkamah tolak permohonan jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet ketika membuat keputusan berkata, tiada alasan luar biasa untuk membenarkan permohonan jaminan itu.


3. Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor, pada Khamis.


4. Ultras Malaya hampir pasti terus boikot tapi Stadium Nasional tidak akan kosong

Kejayaan Malaysia menempah tempat di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 tidak boleh menjamin kehadiran semula kumpulan penyokong tegar pasukan bola sepak negara, Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Ahad ini.


5. Malaysia terus teroka minyak, gas di Laut China Selatan biarpun dibantah China - PM Anwar

Malaysia tidak akan menghentikan operasi meneroka kawasan yang berpotensi mempunyai minyak dan gas di Laut China Selatan, biarpun wujud bantahan daripada China kononnya negara ini telah melepasi sempadan yang dibenarkan.


6. BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.


7. Petronas untung RM32.4 bilion pada separuh pertama 2024, menyusut 19 peratus

Petronas mencatatkan keuntungan bersih RM30.4 bilion bagi separuh pertama 2024 berakhir 30 Jun.


8. Insiden kerabat Pahang didakwa pukul lelaki: 'Jika ada bukti, bawa ke mahkamah' - Tengku Hassanal

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memandang serius mengenai insiden yang mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Alias Awang.


9. RUU Keselamatan Dalam Talian tidak sekat kebebasan bersuara - Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memberi jaminan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian tidak akan menyekat kebebasan bersuara.


10. Malaysia perlu manfaatkan pasaran ASEAN yang dijangka cecah lebih satu bilion pengguna - Rafizi

Malaysia perlu mengambil peluang dalam pasaran terbuka ASEAN untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatannya serta terus menempatkan negara di kedudukan tertinggi dalam pasaran yang dijangka mempunyai satu bilion pengguna itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli