1. UK gantung jualan beberapa senjata ke Israel
Kerajaan United Kingdom (UK) membuat keputusan menggantung penjualan beberapa senjata kepada Israel berikutan terdapat "risiko jelas" peralatan itu boleh digunakan untuk melakukan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
2. Tentera Israel tahan 98 wartawan Palestin sejak 7 Oktober 2023
Pertubuhan Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan, 52 daripada 98 wartawan yang ditahan sejak perang di Gaza bermula sehingga kini kekal dalam tahanan Israel.
3. Lego akan menghentikan pengeluaran bongkah berasaskan petroleum menjelang 2032
Bongkah permainan Lego akan menjadi lebih lestari dengan ia tidak lagi akan dihasilkan menggunakan bahan petroleum bermula 2032.
4. Jordan catat kes mpox pertama tahun ini
Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.
5. New Zealand, Malaysia dan Singapura meterai MoU untuk tingkatkan kerjasama ekonomi
ersatuan Perniagaan New Zealand Malaysia (NZMBA) dan Persatuan Perniagaan Singapura New Zealand telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Perniagaan Auckland untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara New Zealand, Malaysia dan Singapura.
6. Pesawat tentera India terhempas di negeri Rajasthan
Sebuah pesawat tentera India terhempas di negeri barat Rajasthan pada malam Isnin akibat masalah teknikal.
7. 4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Empat orang terbunuh dalam satu insiden tembakan di dalam sebuah kereta api di Chicago pada awal pagi Isnin.
8. Pope Francis tiba di Indonesia sempena dialog antara agama
Pope Francis, pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia pada Selasa (3 Sept) 11.20 pagi waktu tempatan.
9. Korban banjir di Filipina meningkat kepada 14 orang
Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut tropika Yagi di Filipina meningkat kepada 14 orang, kata kerajaan pada Selasa.
10. Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi
Wilayah Hainan di selatan China mengaktifkan tindak balas kecemasan tahap IV susulan Taufan Yagi dijangka melanda kawasan pantainya, menurut pihak berkuasa tempatan.