ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.


1. Burj Azizi akan pintas Merdeka 118 sebagai bangunan kedua tertinggi dunia

Burj Azizi yang dijadualkan siap pada tahun 2028 akan mencecah ketinggian 725 meter, melangkaui ketinggian 678.9 meter Merdeka 118.



2. 'Raja Mukbang' buat kejutan turun berat badan lebih 100kg

YouTuber terkenal Nikocado Avocado atau digelar 'Raja Mukbang' membuat penampilan mengejutkan apabila berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.


3. Tentera Israel terus lakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

Tentera pendudukan Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza selepas melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan khemah pelarian di Mawasi Khan Yunis, pada awal pagi Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).


4. Hampir 200 aktivis alam sekitar dibunuh pada 2023

Hampir 200 pejuang alam sekitar dibunuh di seluruh dunia pada 2023, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Global Witness pada Selasa.


5. Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Agensi


Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.


6. 'Dashcam' kereta rakam detik jambatan di utara Vietnam runtuh akibat Taufan Yagi

Jambatan yang merentasi Sungai Hong dan menghubungkan daerah Lam Thao dengan daerah Tam Nong runtuh sekelip mata.


7. Kate Middleon selesai jalani rawatan kemoterapi

Tahun ini "sangat sukar" dan "bahawa kehidupan yang anda tahu boleh berubah dalam sekelip mata," kata Puteri Wales.


8. Majlis Hak Asasi Manusia PBB buka sesi ke-57 di Geneva

Majlis Hak Asasi Manusia PBB buka sesi tetap ke-57 untuk menangani isu hak asasi manusia di pelbagai bahagian dunia.


9. Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya

Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.


10. Dua gergasi Eropah berminat dapatkan Mohamed Salah

Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG) menunjukkan potensi untuk mendapatkan khidmat Salah bagi memperkuat pasukan masing-masing.