ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 September 2023.


1. ASEAN akan lancar Visi 2045 untuk memacu kerjasama serantau, kata Setiausaha Agung

ASEAN sedang bersiap sedia untuk melancarkan Visi Komuniti 2045, sebuah rangka kerja strategik yang bertujuan untuk membimbing kerjasama serantau dalam tempoh dua dekad akan datang.



2. Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB

AGENSI Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) berkata pasukan perubatannya telah memberikan vaksin kepada lebih 160,000 kanak-kanak pada Khamis, hari pertama fasa kedua kempen pemvaksinan polio di selatan Gaza.


3. Amaran cuaca buruk di wilayah utara dan selatan Thailand

Penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir di Thailand digesa agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda wilayah utara, timur laut, timur dan selatan negara itu hujung minggu ini.


4. Penyakit ternakan 'bluetongue' dikesan di Republik Czech

Penyakit bluetongue yang menyerang beberapa jenis haiwan ternakan telah muncul semula di Republik Czech buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun, lapor agensi berita Jerman (dpa).


5. Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei

Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlet maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.


6. Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal

Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.


7. Musim panas 2024 pecah rekod suhu global - Laporan

Musim panas 2024 telah menetapkan penanda aras suhu baharu di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu, memetik data yang dikeluarkan pada Khamis oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S).


8. Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi

Wilayah Guangdong di selatan China kini bersiap sedia menghadapi taufan Yagi, dengan aktiviti luar dihentikan serta penerbangan dan sesi persekolahan ditangguhkan buat sementara waktu.


9. RUU perogol dihukum mati, penjara seumur hidup di India

DEWAN Perhimpunan Bengal Barat, India pada Selasa sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengenakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ke atas perogol yang mengakibatkan kematian atau kesan psikologi teruk kepada mangsa.


10. Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian

Pihak berkuasa Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus dalam menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.