ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Julai 2024.


1. SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF

Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.



2. Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM

Masalah bantut dan obesiti dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan tidak terhad kepada masalah pemakanan sahaja.


3. Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa

TikTok memandang serius insiden yang menimpa mendiang Esha dan telah mengambil langkah segera untuk membendung kejadian serupa berlaku.


4. Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia

Google berkata inisiatif tersebut yang disokong Kementerian Komunikasi bertujuan untuk merevolusikan landskap media di negara ini.


5. Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat

Ia susulan dakwaan mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).


6. Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan

Pengebumian Nur Farah Kartini, 25, dalam keadaan cuaca tenang dan berangin itu turut dihadiri ahli keluarga mangsa, rakan dan penduduk kampung.


7. Mohd Azmawi Fikri calon BN untuk PRK Nenggiri

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.


8. Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


9. ‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis untuk bersedia membayar RM100 juta kepada UMNO sebagai ‘balasan’ menyertai parti lain.


10. #AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim

Keprihatinan dan keramahan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap rakyat Johor, tidak hanya dapat diukur menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).