ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.


1. Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa

"Tiada apa perlu dikesalkan, anak saya pergi sebagai wira negara." Itu luahan hiba Mohamad Borak, 71, bapa kepada Komander Muhamad Amir, 44, yang merupakan mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pagi semalam.



2. Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak satu

Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu, pada pagi Rabu.


3. Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan

Lelaki yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 April lepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.


4. Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah

Seorang warga emas di Permas Jaya di sini tinggal dalam keadaan rumahnya menjadi ‘gudang’ sampah sarap sehingga menyebabkan gangguan dan ketidakselesaan kepada kejiranan mereka.


5. Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM

Semua suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana.


6. Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina

beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir sebelum permohonan ditutup.


7. Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok

Pada Rabu, Hafizul Hawari didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.


8. Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi

Seorang saksi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyoal jika Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memindahkan AS$700 juta daripada syarikat itu kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.


9. PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.


10. Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia

Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.