ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Mac 2024.


1. Kehilangan MH370: Kadang-kadang termimpi, mengigau - Azharuddin

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga waris, tetapi ia turut mengubah kehidupan Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.



2. Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di Parlimen bulan ini.


3. Maut ketika bertugas: TUDM anugerah kenaikan pangkat secara anumerta

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menganugerahkan kenaikan pangkat secara anumerta, kepada tiga pegawainya yang meninggal dunia ketika bertugas pada satu majlis ringkas di Markas Tentera Udara Wisma Pertahanan di sini semalam.


4. Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN

Tan Sri Razarudin berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut setelah kenyataan Ahli Parlimen Marang itu disiarkan di portal berita pas.org.my pada 20 Februari lalu.


5. 'Saya pelawa Human Rights Watch berjumpa saya' - Saifuddin

Saifuddin menggesa HRW untuk menyediakan bukti laporan yang mendakwa ada tahanan yang didera dan maut.


6. Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi

Fahmi Fadzil menyindir Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa kebebasan media di Malaysia 'semakin mati' di bawah pimpinannya sebagai Menteri Komunikasi.


7. PM mahu susulan segera dibuat berkaitan MoU, pelaburan dicapai di Australia - Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri membuat tindakan susulan segera, berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai dan komitmen pelaburan yang dicapai pada lawatan ke Australia baru-baru ini.


8. Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - YDP Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.


9. Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai kanan Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.


10. Dana RM50,000 bantu pemimpin wanita di pelbagai peringkat - PM Anwar

Dana sejumlah RM50,000 diperuntukkan masing-masing untuk membantu 100 pemimpin wanita bagi mengendalikan program di pelbagai peringkat.