ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Disember 2023.

1. Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu

Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.


2. Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari

Tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Isnin depan.


3. Perjuangan Tang Jie-Ee Wei berakhir

Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menduduki tangga tercorot Kumpulan A.


4. Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah

Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.


5. KPN jamin kes langgar libatkan pegawai kanan dilakukan secara telus, adil

Pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.


6. Stoking dalam takungan air bukan milik Zayn Rayyan - Polis

Sehelai stoking yang ditemui dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin disahkan adalah bukan miliknya.


7. Kandungan media sosial dibuang kerana promosi jualan haram, penipuan - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menafikan dakwaan kononnya kerajaan membuang kandungan di platform media sosial, kerana mengkritik beliau atau Kerajaan Perpaduan.


8. Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu

Banyak kajian perlu dilakukan agensi kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara.


9. Paras air sepanjang LDP, berhampiran IOI Puchong naik lebih 3 meter

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan amaran awal banjir di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli belah IOI Mall Puchong.


10. Malaysia-Jepun setuju tingkat kerjasama dalam lima bidang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida pada Sabtu mengumumkan peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif dengan kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam lima bidang utama.