ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
1. Mahkamah tolak permohonan Bersatu kosongkan empat kerusi Parlimen Sabah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia gagal dalam permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang enggan mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah.
2. Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya - PM Anwar
Ujian sebenar bagi seseorang pemimpin adalah semasa dia berkuasa, sama ada pemimpin itu berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan bukan semata-mata menjadi 'penunggang' agama atau moral.
3. Google, Kerajaan Malaysia jalin kerjasama strategik sasar cipta 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2026
Kerajaan Malaysia dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.
4. Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli nafi terima rasuah, ugutan ‘broker politik’
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan menerima rasuah mahupun ugutan daripada ‘broker politik’ atas keputusan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. 'Ayah pernah pesan minta anak-anak mandikan, solatkan jenazahnya'
Anak sulung kepada Allahyarham Mohd Suhaimi Saad itu memberitahu ayahnya sempat berpesan sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot pada minggu lalu.
6. Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat
Mohamed Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along terlepas hukuman penjara sepanjang hayat.
7. SPRM akan panggil empat Ahli Parlimen sokong PM - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
8. Jasmine Loo, saksi penting dalam perbicaraan kes 1MDB Najib - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari bahawa bekas peguam 1MDB Jasmine Loo adalah seorang saksi penting untuk mendedahkan semua isu berkaitan Tanore Finance Corporation.
9. Mohammad Agus sahkan hantar surat letak jawatan KP J-KOM
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
10. Harimau Malaya cipta kemenangan dramatik ke atas Kyrgyzstan
Malaysia melaungkan amaran dalam perjuangan mencipta sejarah selepas bangkit merakam kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan sulung Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di sini, malam ini.
Astro Awani
Thu Nov 16 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 September 2024.