1. Ahli GISB didapati amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
2. Kes GISB: Sesat atau tidak, diketahui selepas dapat perkenan Majlis Raja-Raja
Sebarang keputusan untuk mendakwa Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings mengamalkan ajaran sesat atau sebaliknya bukan ditentukan oleh menteri.
3. Inflasi Malaysia pada Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus
Inflasi Malaysia pada Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus dengan mata indeks mencatatkan 133.2 berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
4. Alif Teega, Aisyah Hijanah didakwa salah guna wang infak lebih RM1.52 juta
Pasangan yang masing-masing berusia 30 dan 26 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim.
5. Kes GISB: 156 lagi ditahan, 187 mangsa bawah umur diselamat – KPN
Kesemua suspek yang ditahan di bawah fasa empat ini akan direman sehingga 28 September depan bagi membantu siasatan.
6. Hujan lebat, air pasang besar faktor banjir di Kedah
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata banjir kali ini melibatkan ramai mangsa terpaksa dipindahkan namun tidak seburuk pernah dialami pada 2010.
7. Op Global: 'Ada ahli GISB punyai lebih 30 anak, nama zuriat sendiri pun mungkin tak tahu' - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata kebanyakan anak terbabit diletakkan di pusat jagaan kendalian GISB dan dianggap banyak pihak sebagai anak yatim.
8. Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
9. Kes GISB: Empat beradik terpisah dengan bapa, mangsa dera diselamatkan
Empat beradik berusia enam hingga 11 tahun yang terpisah daripada bapa sejak 2021 adalah antara kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam Ops Global di sebuah rumah di Tapah, Perak pada Sabtu lalu.
10. Anggota tentera maut terkena tembakan pemburu di hutan Song
Seorang anggota tentera maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh orang awam yang sedang memburu binatang di kawasan hutan KM 8, Jalan Balak Multiplus, Song, awal pagi ini.