ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 September 2024.


1. Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan

PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.



2. ‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang membuat tuduhan liar ke atas dirinya yang dilihat tidak berkesudahan.


3. Malaysia kutuk tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin - Mohamad
 
Malaysia mengutuk tindakan 14 negara yang bertindak menentang Resolusi ES-10/24 yang dibentangkan oleh Palestin pada 18 September lalu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.


4. Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina

Secara rasminya dilancarkan pada 27 September 2024, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 83,752 pelajar dan 3,458 sekolah dijangka mendapat manfaat daripada Program Anak Kita.


5. MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun sebagaimana yang dititahkan baginda, semalam.


6. Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad

Kerajaan Sarawak mengukuhkan kedudukannya dalam Affin Bank Berhad apabila meningkatkan pegangan sahamnya enam kali ganda daripada 4.81 peratus kepada 31.25 peratus pada Jumaat.


7. GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM

Pengendalian siasatan terkait kegiatan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd akan dijalankan dengan telus, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


8. 'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS

Ibu bapa perlu proaktif dan mengambil tanggungjawab dalam mendidik anak-anak serta memelihara mereka daripada sebarang pengaruh buruk.


9. Polis jejak transaksi, aset GISB - KPN

Polis sedang menjejaki transaksi kewangan dan aset milik Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dalam negara, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


10. Tiga bapa saudara dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual, rogol anak saudara

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 29 tahun dan 11 sebatan ke atas seorang penganggur, kerana melakukan amang seksual fizikal dan merogol anak saudaranya berusia 11 tahun, enam tahun lepas.