ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 September 2024.

1. MAHA 2024: Kerajaan bakal laksana projek raksasa tanaman padi bernilai RM5 bilion – PM Anwar

Projek tersebut bakal memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hasil tanaman padi pesawah yang terlibat, serta menaikkan taraf hidup mereka.


2. PRK Mahkota: Pertembungan BN dan PN

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).


3. Kelayakan minimum perkhidmatan awam dinaikkan kepada SPM

Sebanyak 11 skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk PT3 atau PMR akan dinaik taraf kepada skim perkhidmatan berkelayakan SPM.


4. Memang berlaku satu, dua kes liwat, namun kenapa dirangkum semua? - Pemimpin GISB

Menurutnya, kenyataan yang dibuat itu adalah bertujuan untuk meredakan keadaan agar tidak lagi berpanjangan.


5. Op Global: 39 rumah amal GISB dalam radar polis - KPN

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan lanjut susulan serbuan ke atas 20 rumah amal GISB di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.


6. Jodoh masih panjang, Nora dan suami rujuk kembali

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan bercerai.


7. Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat dua kelompok di negara ini yang membawa idea yang bercanggah dengan pegangan Islam dan ia hanya boleh dibendung dengan ilmu serta penghayatan tentang Islam yang sebenar.


8. JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.


9.  TVET: SKM tahap 6, 7 dan 8 bakal setaraf dengan ijazah pertama - Ahmad Zahid

Jemaah Menteri pada dasarnya telah meluluskan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 6, 7 dan 8 untuk diiktiraf setaraf dengan ijazah pertama.


10. Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata mana-mana ahli yang menyertai atau menyokong parti lain yang tidak dianggotai Pas atau mengambil tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti akan kehilangan keahlian secara automatik.