ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 September 2024.


1. Op Global: 13 kanak-kanak rumah amal GISB pernah diliwat - KPN

Semua kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dalam satu kertas siasatan.



2. Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada jam 7 pagi.


3. Kematian Al Fateh: Pengasuh menangis teresak-esak di kandang tertuduh

Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi lelaki itu di sebuah taska di Taman Kelemak Utama antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi 6 Sept lalu.


4. Fazura dilapor fail cerai terhadap Fattah Amin

Teka-teki status rumah tangga Fazura dengan Fattah Amin 'terjawab' selepas aktres terkenal tanah air itu dilapor memfailkan perceraian terhadap suaminya, hari ini.


5. Eksploitasi kanak-kanak: PM Anwar mahu siasatan segera kes berkaitan GISB

Perdana Menteri berkata, isu berkaitan akidah, salah guna kuasa, salah guna agama serta penderaan adalah perkara besar, jika terbukti benar.


6. SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap.


7. Calon PM: Saya tak sedia, tak bercita-cita - Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan tidak bersedia dan tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri walaupun wujud cadangan agar beliau menduduki jawatan nombor satu di Putrajaya.


8. 'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.


9. JAKIM bawa isu GISB ke MKI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membawa isu berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).


10. Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mengatasi tentangan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon hari ini.