ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Oktober 2023.

1. Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium

Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 2025–2026.


2. Tiga anak Najib berkongsi pentas, terus perjuangkan keadilan buat bapa

Datuk Mohd Nizar; Datuk Mohd Nazifuddin; serta Nooryana Najwa berkongsi pentas dalam program Demi Najib, We Stand by You.


3. Sewa rendah antara faktor Nilai jadi tumpuan warga asing - Aminuddin

Ada dalam kalangan majikan mengambil kesempatan menempatkan pekerja dalam persekitaran tidak selesa.


4. ‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong

Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh diakses pengeluarannya pada bila-bila masa.


5. Universiti diingatkan kepentingan promosikan perpaduan dalam pendidikan - Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua universiti untuk tidak lupa akan kepentingan pendidikan dalam mempromosikan harmoni, uniti dan kemajuan negara.


6. Perdana Menteri lancar buku 'Anwar Triumph'

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke perasmian buku mengenai perjuangannya, 'Anwar Triumph' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.


7. PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji

Gabungan Parti Sarawak (GPS) melancarkan manifestonya untuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang mengandungi tawaran pembangunan prasarana serta sosioekonomi buat penduduk kawasan itu.


8. Video tular: JKSB nafi Jambatan Kedua di Pulau Pinang retak

Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial sejak Ahad disahkan bukan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau Jambatan Kedua di Pulau Pinang.


9. PM Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja dua hari

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura malam ini untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.


10. Penglibatan rakyat dalam aktiviti ekonomi penting untuk pembangunan sosioekonomi negara

Penglibatan rakyat secara meluas dalam aktiviti ekonomi negara dengan menggunakan sistem kewangan sebagai pengantara memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani Mohamad Zahid.