ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Oktober 2023.

1. Cadang had umur persaraan 62 tahun

Had umur persaraan pekerja di Malaysia dicadangkan kepada 62 tahun bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi sebagai bekalan selepas bersara.


2. "Sepatutnya jaga hati isteri..." - Bella kesal Aliff seperti mahu berhubung dengan Sophia

Kenyataan penyanyi Aliff Aziz yang mengatakan dia masih belum berhubung dengan aktres Sophia Albarakbah mengundang rasa kurang senang isterinya iaitu aktres Bella Astillah.


3. Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat

Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana masih terdapat permintaan daripada masyarakat untuk mendapatkan pinjaman wang menerusi institusi kewangan tidak berlesen.


4. Dua minggu yang ngeri buat David, diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia

Pada satu lewat petang April lalu, David (bukan nama sebenar) menerima tawaran yang boleh diibaratkan orang mengantuk disorongkan bantal, tiba tatkala pemilik perniagaan aksesori telefon bimbit di Sarawak itu dalam kebuntuan bagi meningkatkan pendapatannya.


5. Kak Lina undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza

Pengacara terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina mengundurkan diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza.


6. Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara

Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

7. Didakwa gagal terajui kementerian, Mat Sabu didesak letak jawatan menteri

Datuk Zulkafperi Hanapi (PN - Tanjong Karang) mendesak Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.


8. Acah-acah culik, minta wang tebusan... Modus operandi baharu scammer

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan modus operandi baharu, iaitu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan mengarahkan mangsa supaya berpura-pura menjadi mangsa culik.


9. Gara-gara hutang, lelaki parah ditikam

Gara-gara hutang, seorang lelaki parah akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pasar awam di Pulau Pinang pada petang Rabu.


10. 'Siapa saya nak larang pegawai, anggota pandu kereta mewah, tapi isytihar harta dulu' - Mohd Shuhaily

Semua pegawai dan anggota polis yang menjawat jawatan-jawatan sensitif diarah untuk mengisytiharkan harta masing-masing dengan segera, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.