ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 September 2023. 


1. PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon Bebas.



2. PRK Pelangai: Bertanding calon Bebas, Pemuda UMNO Bentong dipecat - Ahmad Zahid

Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Haslihelmy DM Zulhasli, dipecat serta-merta keahliannya daripada parti berkuat kuasa hari ini. 


3. 'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi

Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memberikan kemenangan untuk PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober depan.


4. Noh Salleh dan Athira selamat bernikah

Berita gembira itu dikongsi oleh Noh menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.


5. Tiga mayat ditemui bertindan, diikat dalam bilik

Kehadiran anggota polis selepas menerima panggilan penduduk di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, di sini membongkar penemuan tiga mayat lelaki di sebuah rumah kedai pada Jumaat.


6. Bekas setiausaha politik minta rasuah lulus projek percetakan buku antara dua ditahan SPRM

Sumber berkata, kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira pukul 11 malam Jumaat ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.


7. Pengurusan Mahkamah Syariah hendaklah terus diperkasa, ditambah baik - Agong

Seri Paduka Baginda bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam.


8. Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM

Ahli Parlimen Putrajaya itu turut mengesahkan bekas setiausaha politiknya turut ditangkap pada Jumaat berkaitan dakwaan rasuah tersebut.


9. Polis siasat dakwaan pelancong China ada kamera tersembunyi dalam hotel

Polis Kota Kinabalu menafikan dakwaan seorang warga China diminta memadamkan hantarannya di media sosial berhubung kes kamera tersembunyi di sebuah tempat penginapan di daerah ini.

10. UM, mana-mana universiti tidak seharusnya laksana 'zero balance policy' - GAMIS

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz berkata, kebanyakan pelajar tidak mempunyai kewangan yang stabil terutamanya pada awal semester.