ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Februari 2023.

1. Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong

Sempena istiadat pada hari ini, Al-Sultan Abdullah bertitah, kenangan bersemayam di kota metropolitan ini akan kekal abadi dalam sanubari Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong.


2. Orang Melayu sudah 'move on' daripada UMNO - KJ

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata orang Melayu sudah punyai alternatif lain sebagai sandaran untuk pembelaan bangsa dan agama.


3. KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini

KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.


4. Tak salah lantik ahli keluarga jika layak - Mufti Pulau Pinang

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dilihat tidak salah.


5. Buruh kampung mengaku salah pukul isteri dengan topi keledar

Seorang buruh kampung dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini akibat memukul kepala isterinya menggunakan topi keledar.


6. Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA

Hamidin dipilih untuk mengisi jawatan itu semasa kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain pada Rabu.


7. Azam Baki sahkan beku dua akaun Parti Bersatu

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan membekukan dua akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


8. Laluan LRT Masjid Jamek, Bandaraya ditutup dua minggu - Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerja-kerja pembaikan itu akan dilaksanakan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kadar segera.


9. Pembekuan akaun: Bersatu beri kerjasama kepada SPRM, mahu hentikan segera fitnah jahat - Hamzah

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kerjasama sepenuhnya akan diberikan dalam usaha memastikan fitnah jahat ke atas parti itu dapat dihentikan segera.


10. Sesi sekolah 8 pagi: Kekalkan tempoh belajar, namun semak semula silibus

Tempoh pembelajaran di sekolah perlu dikekalkan jika sesi persekolahan dicadangkan bermula jam 8 pagi.